Thursday 12 September 2013

iPhone 5S Dan iPhone 5C Dilancar

Assalamualaikum wbt

Apple telah melancarkan 2 iphone baru termasuk varian bajet yang disasarkan untuk peminat telefon pintar di negara membangun.

Tempahan online untuk iphone 5s dan 5c yang dikuasakan ios 7 akan dibuka esk sebelum dipasarkan di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura pada 20 Sep 13.

iPhone 5C:
- Berkos rendah dengan sarung polycarbonate dialas kerangka keluli.
- Harga AS$99 (RM324) dengan kontrak 2 tahun di Amerika Syarikat atau AS$549 (RM 1,797.56) jika tanpa kontrak.

iPhone 5S:
- Harga AS$199 (RM651.58) dengan kontrak 2 tahun atau AS$649 (RM2,124.99) tanpa kontrak.
- merupakan telefon pintar termaju pernah dihasilkan Apple sehingga kini.
- Dilengkapi dengan cip pemprosesan yang sangat laju hinggakan menjadikan gerak kerja perkomputerannya hampir sama seperti sebuah PC.
- Ada lebih 1 billion transistor dalamnya sekaligus menjadikan pengalaman melayari permainan dan aplikasi grafik sangat pantas.
- Bateri boleh bertahan 10 jam dan 40 jam untuk memainkan muzik.
- Ciri terhebat ialah pengenalan cap jari sebagai ciri keselamatan menggantikan kata kunci, serta sebagai cara pengesahan pembelian dalam iTunes.

p/s: aku post ni guna ipad, tak reti nak masukkan gambar, jd korang klik jela link Apple ni ye...hihii..soriii..:-P



No comments:

Post a Comment