Sunday 27 October 2013

Rindu My Litlle Khalifah

Assalamualaikum wbt..

(Entry penuh emosi...huhu)
 


Setiap saat, setiap detik Ibu rindu kamu..Ibu sayang kamu..I never stop LOVE you sayang. Sayang anak ibu Ahmad Naufal Hariz! :')

Thursday 24 October 2013

Jalan-Jalan i-City Shah Alam - Part 2

Assalamualaikum wbt

Jalan-jalan pergi I-City pun boleh ada part 2?? erm..Nampak sangat la pemalas nak tulis panjang2..Aku bukan apa, takut korang boring je nanti..hikhik
 
Ok lah..Sambungan dari cite yang lepas. Lepas keluar dari Art Museum tu kiteorang pergi jalan-jalan kat area I-City. First sekali tempat yang kiteorang jumpa Archery..Alaa...tempat yang memanah tu..Apalagi encik husband pun berkobar2 la nak try...Aku takde la teruja sangat sebab memandangkan aku pernah try sekali, dan lenguh tangan aku pegang benda alah tu..Kalau tak silap aku harga untuk archery ni RM 10 untuk 20 anak panah.
 
Lepas je kuar dari archery tu kiteorang teruskan perjalanan untuk explore I-city dan terjumpa dengan Red Carpet. Ni pun new attraction. Dalam ni ada patung lilin selebriti dan tokoh terkenal seluruh dunia. Aku tengok Q nak masuk sikit punya ramai. Malas la aku nak masuk. Lagipun bawak anak kecik kan, macam tak elok pulak masuk tempat yang penuh patung tu.
 
Selepas itu, kiteorang pergi dekat outdoor game. Aku bawak anak aku naik Circus Travel, yang macam train untuk budak-budak. Harga tiket kalau tak silap RM 5. Anak aku tak kena bayar sebab bawah 90 cm.
 
 
Then, beli tiket untuk naik Giant Ferris Wheel. Yang ni ala-ala Eye On Malaysia. Harga tiket RM 10/ person. Agak mahal jugak la bagi aku sebab pusing 1 round je.
 
 
Dah habis pusing 1 round tu kiteorang pun balik dah..Time tu dah pukul 10.45 pm dah rasanya. Tapi aku tengok makin ramai lak orang datang.
 
Masa nak bayar parking tu, mak aiii RM 10 sepanjang 2 jam lebih kiteorang kat situ. Dah macam parking kt KLCC. Dah la semua game kena bayar, parking pulak mahal! Aku rasa pihak management perlu kaji balik la rate parking.
 
Mostly pengunjung yang datang kat sini orang sederhana macam aku ni. Bawak anak time hujung minggu nak enjoy, happykan anak-anak. Tapi semua benda berbayar, parking mahal. Tak best la macam ni kan. Sekian, luahan perasaan dari seorang pengunjung! haha!

 
 

Jalan-Jalan i-City Shah Alam - Part 1

Assalamualaikum wbt

Korang pernah pergi i-City tak? Kalau yang stay area Lembah Klang ni mesti dah 2 3 kali pergi kan? Aku pun dah pergi lebih dari 3 kali kot, sejak i-city ni wujud lagi..Tapi setiap kali pergi mesti ada new attraction yang dorang buat. So, tak rugi la kan kalau pergi berkali-kali.
 
Hari sabtu minggu lepas pun aku pergi lagi sekali..Sebab utama aku pergi ni hanya untuk masuk ART MUSEUM. Aku pergi dah malam masa tu. So, memang ramai la orang. Tapi still boleh tangkap gambar lagi..tak payah nk berebut sangat. Art Museum ni dalamnya ada lukisan 3D. Bagi aku agak best jugak la untuk first time kan. Tapi kalau 2 kali masuk, macam tak berbaloi pulak. Itu pendapat aku la. Tapi pendapat orang lain aku tak tahu.
 
Harga Tiket masuk ke Art Museum ni RM 10. Untuk kanak-kanak yang bawah 90 cm free je. Siap ada tempat ukur tinggi lagi kat kaunter tiket. Tiket ni boleh dibeli kat House Of Horror, di bangunan bertentangan dengan Art Museum ni.
 
Ok lah..Tak perlu cite panjang, jom kita layan sebahagian dari gambar yang kiteorang snap..
p/s: Kualiti dan hasil ke"real"an gambar bergantung pada kecekapan jurugambar masing-masing ye..:-))
 














Love You Mr.Arrogant!

Assalamualaikum wbt

Bersiaran kembali setelah berhempas pulas dgn keje! Ada orang rindu tak? hahaha..takde eh? Ok. Fine! hihi


Gambar ni malas nk rotate


Korang follow tak cite Love You Mr.Arrogant ni kat tv3? Aku memang tak tengok pun.Tambah2 pulak pukul 7 pm. Dah sah2 lak husband aku ngan si kecik dh dgr zikir kat Astro Oasis..Mimpi jelah nk tengok kan.

Tapi 1 hari tu kawan aku ajak g kedai buku. Punya la beria nk beli novel ni (Opss lupa nk bgtau, cerita ni adaptasi dari novel ye kawan2). Kawan aku tu sanggup pegi cari dekat semua kedai buku yang ada sbb nya semua kedai buku dah habis stok. Aku pun mcm terfikir la jugak, hebat sgt ke cite ni.

Last2 kawan aku tu dapat jugak la beli novel ni. Aku pun cakap la dgn nada yg lemah lembut.."may i borrow?".ok.tipu je..Aku cakap nk pinjam lepas dia dah habis baca.

Bila dah start baca tu, memang serius best weh! Serius tak tipu! Baru permulaan tuu..Aku dh tersenyum sorang2 dah..Tapi last2 aku beria2 menangis..hahaha..Betul2 terkesan kat jiwa wooo..

Aku tak leh nk cite kronologi dia kat sini. Kang orang yang tgh tgk cite tu kat tv3 takde feeling dah sbb dh tahu ending dia kan..marah tv3 kang..haha

Rugi korang tak baca novel ni tau! Tapi yang buat drama tu memang pandai sbb dialog yang ada dlm novel ni dorang ambik sebijik2..ada ubah pun, sikit2 je..

So, korang jom baca novel ni..yang tengah tgk kt tv pun, teruskan jela ye..mmg best!


Tuesday 1 October 2013

Minggu yang very the BZ!

Assalamualaikum wbt

Lama sangat dah aku tak update blog..Minggu ni sangat2 lah busy mengalahkan perdana menteri hokayyy! Memang lah. Aku berkampung kat Istana Negara kot minggu ni..cewahh..macam la penting  sgt kan??? hahaha..

Kepada kawan2 yg sudi melawat and follow blog aku, aku ucapkan terima kasih byk2..Aku minta maaf sangat2 sebab belum berkesempatan utk membalas komen2 and melawat blog korang! Ampunkan Daku...hukhukhuk

Aku janji aku akan datang melawat blog korang bila semua kesibukan ini dh reda dan kehidupan aku kembali tenang..Insyaallah..

To Mommy As, terima kasih sebab sudi memilih blog picisan sy ni sbg salah seorang pemenang segment 1st Mama. Nasib baik la tergerak hati nak buka email..huhu

Aku akan buat entry khas mengenai kemenangan ni ye..kemenangan la sgtttt..haha..thanks again mommy as..iolll terharu sgt tau..hukhuk..

Nah bukti yg mengatakan aku sibuk! hihihi...
*saje je bg gambar blur sikit*