Thursday 6 March 2014

Obimin Pluz - Pre-Natal Vitamin

Assalamualaikum wbt

Minggu ni aku dah masuk tempoh 16 minggu kehamilan! ALHAMDULILLAH! Syukur kepada Allah. Semalam dah pergi buat scan di Klinik Wan Kamariah, Setiawangsa. Sangat puas hati service kat sana. Penerangan yang sangat detail. So, sesape yang berdekatan area Setiawangsa dan berhajat nk buat 3d/4d scan boleh la ke sana k..

Tapi hari tu aku buat scan biasa je. Just nak tgk sekiranya ada apa-apa masalah pada baby. Ok. Berbalik pada tajuk asal. Masa scan tu, aku ada bgtau doktor yang aku tak makan sebarang vitamin sejak 2 bulan ni. So doktor bekalkan pada aku vitamin Obimin Pluz nih.


Bila aku makan vitamin ni, lepas 2 jam je terus muntah keluar semua makanan yang aku makan masa breakfast. Kenapa eh???

Aku try gak google kesan daripada pengambilan obimin pluz ni, ramai yg kata ok je..Tapi ada jugak aku terbaca yang obimin pluz ni boleh menyebabkan breast cancer dan telah diharamkan di Singapore. Daripada pihak jabatan kesihatan pulak, dia mengakui vitamin ni tak berbahaya dan telah diluluskan oleh kkm. Kawan aku cakap, bila kita dah makan obimin pluz ni, kita dh tak perlu ambil supplement lain sebab dia dah mengandungi semua zat yang diperlukan oleh ibu mengandung.


Bagi aku, terpulanglah pada diri masing2 samada nak makan atau tak. Kita lebih tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri kan?? 

Lepas dah makan vitamin ni untuk 3 hari berturut-turut, memang selepas 2 jam aku akan muntah yang sangat banyak. Maybe vitamin ni tak sesuai untuk aku kot. Takpelah, aku akan stop dulu and try makan minggu depan pulak..tengok kesannya macam mana..

Ada tak sesape yang ada pengalaman macam aku ni??? Kalau ada, pls let me know...takut jugak ada side effect yang kita tak tahu..:-(

Wednesday 5 March 2014

WonderBox!

Assalamualaikum wbt

Hari ni ada 2 parcel yang tetiba je sampai kt muka pintu.Rasa macam pelik je. Seingat aku takde la online shopping pun bulan ni.
Berdebar-debar je bukak parcel tu kan..kot2 la ada orang hantar hadiah ke bom ke..huhu
Buka je parcel tu dah tersenyum bila tengok kotak yang cantik ala-ala hadiah tu..Rupanya WonderBox hantar mystery gift yang aku subscribe utk bulan oktober punya. Ni la rupa kotak tu.

1st Box

2nd Box

Cantik kan kotak dia..Ala-ala hadiah gitu. Dah takde sape nak bagi hadiah kat aku, so aku hadiahkan jela untuk diri sendiri kannn..haha! Jom tengok apa yang ada dalam box tu. Kita tengok dulu apa yang ada dalam 1st Box.

Pamplet utk skin care terbaru dan juga kupon macam kat bawah ni


Ni la skin care yang dorang bagi 


 Kalau korang nk tgk apa lagi yang menarik dekat wonderbox ni boleh klik link seperti di bawah ok..