Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Thursday 19 September 2013

Bayi Meninggal di Pusat Asuhan

Assalamualaikum wbt

Seorang bayi lelaki berusia 7 bulan meninggal di pusat asuhan di Wangsa Maju kira-kira 5.30 ptg semalam. Hal itu disedari oleh bapa mangsa sewaktu mengambil anak beliau pada ptg tersebut.

Walau bagaimanapun, sebelum bayi tersebut dikesan sudah tidak bernyawa pusat asuhan tersebut langsung tidak memberikan penjelasan kepada bapa mangsa tentang keadaan anak beliau.

Difahamkan, bayi tersebut muntah darah semasa dalam jagaan pusat asuhan tersebut.

Pada pendapat saya sebagai seorang ibu, pihak media perlu menyatakan secara jelas NAMA PUSAT ASUHAN tersebut supaya boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang lain. Bukan untuk menjatuhkan perniagaan pusat asuhan tersebut, tapi utk dijadikan pengajaran kepada pusat asuhan yang lain.

Berita lengkap boleh layari Laman Harian Metro.