Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday 20 August 2017

Percutian Ke Perth Bersama Keluarga - Persediaan

Assalamualaikum wbt

Tiket Air Asia X aku beli masa promo Free Seat then setiap bulan aku add on untuk pilih seat, food dan luggage.

Itinerary Perth aku prepare seawal setahun sebelum fly. Sakit otak weh nak plan iti ni sorang2. Laki aku dah sah2 la tak amik pot. Busy sesangat dia. Ni pun last minute dia dapat cuti. Kalau tak ber"huhu" la kami anak beranak.

Aku join Group FB: Tips Cuti-Cuti Perth. Memang sangat membantu. Boleh dapat live update lagi dari org2 yang ada kat sana.

Ok kita berbalik pada topik asal iaitu Persediaan ke Perth. Since kami sekeluarga tak pernah bercuti ke luar negara dan tempat2 sejuk ni, so checklist dia agak panjang la jugak. Kos pun bertambah2 la seiring dengan checklist yang panjang berjela.

CHECKLIST:

1. Tiket Air Asia X. Setahun sebelum aku dah beli. 
2. Booking baggage 30kg (pegi) dan 40kg (balik) serta pre order meal kami anak beranak. Ni add on 2 minggu sebelum berlepas.
3. Kereta Sewa. Yang ni pun aku booking sekali dgn add on Air Asia tadi. Aku ambik dengan Avus Car Rental. Kereta sewa ni share partner dengan Air Asia. Aku compare rate dengan aries car rental (car rental murah kat perth), then dapat harga murah sikit je dari Aries. Ok la jugak sbb ambil kereta dan drop off kat airport je. Booking ni sekali dengan car seat anak-anak ye.
4. Passport- Buat untuk semua sekali sebab passport husband pun dan expired. Buat dekat UTC Keramat. Sangat cepat dan tangkas. hehe. Senang sangat berurusan dengan dorang.
5. Visa. Ni aku buat sebulan sebelum tarikh berlepas. Alhamdulillah within 24 jam dah dapat. Cara nak apply visa korang boleh refer kat sini.
6. Iti atau jadual perjalanan. Ni sebenarnya aku dah prepare awal. Tapi last2 minit byk yg kena tukar sebab tak nak anak2 letih. Aku just buat iti yang santai2 je. Korang kena plan awal tau. Sbb dari iti ni nak tau korang nk sewa kereta berapa lama, nak booking hotel kat mana. So iti ni penting! Nanti dah balik aku share iti yg aku buat.
7. Penginapan- Aku book melalui booking.com untuk 6 hari 5 malam. Mountway Holiday Apartment. Siap kitchen semua untuk mendobi. Nanti aku buat entry khas untuk penginapan ni.
8. Money Changer. Sebulan sebelum pergi ni korang dah boleh survey rate semasa. Masa aku nak pegi ni, rate naik turun naik turun. so tukar sikit2 je dulu. Ikut nasib. Antara rate yang ok di Pavillion, Ampang Park, Sg Wang.
9. Travel Insurance- Aku ambik Etika Insurans- World Traveler Care Takaful. Isi online je. sangat mudah. Ambik pakej yang family terus. RM216.25.
10. Jacket/ Pakaian yang bersesuaian terutama yang ada anak2 kecik. Macam aku memang aku lebihkan pakaian anak2. Masa aku pergi ni spring season. Agak sejuk dengan angin kuat. So standby jacket tebal (aku hentam beli winter jacket terus), warmer, glove, topi, stokin, mafla dan sebagainya.
11. Ubat-ubatan. Ini WAJIB ye yang mana bawak anak2. Cuaca tak menentu. Anak aku ada mild asthma dan baru baik dari sakit sebenarnya. Aku bawak chamber dengan inhaler pastu bawak syrup paracetamol risau kot2 dorang sakit. Untuk orang tua bawak paracetamol pun dah cukup kalau xde apa2 penyakit yang memudaratkan. Yang penting declare ubat apa yang dibawa.
12. Sun Block dan Aloe Vera Spray - Yang ni pun penting sebab kita tau yg Aussie ni kadar UV dia tinggi dan kering. So bawak sun block untuk kita dan anak2 sekali. 
13. Sunglasses - beli sunglasses untuk anak2 jugak yang ada uv protector.
14. International Adapter. Aussie tak sama dengan kita. Dia pakai pin yg jenis senget. so better bawak dari sini.
15. Sabun Taharah. Sabun tanah liat untuk samak bekas2 untuk memasak. Boleh beli di az-zain. Kat farmasi ada jugak rasanya.
16. Bawak Travel Cooker untuk masak nasi.
17. Beli bekas plastik pakai buang atau bawak tupperware dengan alat2 untuk kita lunch kat luar nanti. Kalau korang plan makan kat luar je manjang, yang ni abaikan je..tak perlu bawak pun takpe.
18. Food. Bawak la apa2 yang korang rasa nak masak. Aku bawak beras 1kg, pack Brahims dan lain2. Nanti aku listkan dalam post berasingan.
19. Credit Card dan Debit Card. Yang ni sangat2 penting. Sebab ada tempat yang tak terima cash. Korang just aktifkan untuk penggunaan di luar negara. Kalau boleh jangan la bank yang sama. Perlu ada variaty bank sebab kita tak tahu, kot2 kat sana bank tersebut ada problem ke. At least ada lagi 1 kad yang kita boleh guna.
20. Bawak Camera dan Power bank banyak2. Mesti beribu gambar yang korang nak snap kan? Nak guna waze lagi. So Power bank sgt2 diperlukan.

Yang ni jela kot seingat aku. Passport semua tu korang buat la sesalinan ke..Standby kot2 nak guna bila diperlukan. If ada yang perlu tambah nnt aku edit balik okey. Tqqqq..:-)

Wednesday 14 October 2015

Santai: Seharian di Taman Tasik Perdana



Assalamualaikum wbt

Dah berapa minggu negara kita dilanda jerebu kan. Aku dah rimas tengok suasana gelap berhabuk bagai. Cuma dalam seminggu ni cuaca kejap ok kejap tak ok. Tapi boleh la kalau nak keluar sekejap.

So hari Sabtu lepas, kami sekeluarga ambil keputusan untuk beriadah di Taman Tasik Perdana. Dah lama sangat anak-anak aku tak beriadah dekat luar. Nak keluar pun pergi shopping mall pastu balik. Yelah shopping mall tu ada apa la sangat.. Takkan la setiap minggu nak bawak anak ko pergi Aquaria KLCC kan??? Tak kopak ke duit ko! :-P

Setengah hari kot kami kat sana. Dari pagi sampai ke petang! Sedar2 dah azan zohor. Aku pun dah sakit pinggang tahap nak baring je atas bangku kat tasik tu. Kami round 1 Taman Tasik tu kot. Dah la nyamuk banyak! huhu


Ni gambar sebelum kiteorang round taman tu. First time adik naik buai okey! Mula-mula dia tak pandai imbang badan dia. Tapi lama-lama seronok pulak buai laju2. Konon dah terer la tu.




Nampak tak betapa 2 beradik ni so happy bila nampak dunia luar..Along tu sibuk sangat nak buai adik dia laju2!


Masa ni tak sampai suku pun dari taman tu..Tapi aku dah macam kura-kura dah. Nasib la bawak mak buyong sorang ni. Terpaksa la bersabar sikit.




Nampak tak muka adik geli nak pegang rumput tu..hihi. Maklum la rumah semua batu. 1st time dia pegang rumput dalam hidup dia. Tapi adik okey sikit dari Along. Along dulu siap meraung lagi tu. hahaha


Masa ni dah hampir nak sampai ke tempat parking. Masing-masing dah penat sangat. Air pun dah habis. Kat situ nak stop rehat kejap pun tak boleh sebab nyamuk banyak sangat. So muka memasing pun faham2 jela kan.. Ajak bergambar pun boolayan dah...





Wednesday 25 June 2014

Minggu Yang Sangat Penat

Assalamualaikum wbt

Kali ni bersiaran dari hp jela ye..Dah lama sgt tak update blog. Keadaan diri yang tidak mengizinkan..minggu ni kandungan dh masuk 32 weeks dh..Alhamdulillah

Minggu ni en suami takde kat rumah. Penat sgt2.. dengan keaadaan diri yg penat..ank yg sedang melasak..kandungan yg sedang membesar menyebabkan aku nangis sorang2..huhu

Memang nampak mcm mengeluhkan? Sebenarnya aku nk semua org tahu terutamanya org sekeliling supaya memahami situasi orang lain..Jangan asyik nk mengata kat belakang je.

Yes. Sekarang awak tak rasa..tapi percayalah one day you might be in the same situation. Aku rasa mcm nk terputus nafas..If you tell me "ada je org blh handle sorang2 tanpa suami". Lain org lain rasa sakit and tahap ketahanan diri. Bagi aku suka hati kau lah nk cakap apa. Bukan nak manjakan diri sendiri. Tapi mmg aku rasa penat tahap max.

Untuk anak ibu, Ahmad Naufal Hariz..
Ibu minta maaf sangat2..Setiap malam ibu marah awak..Maybe tanpa ibu sedar ibu tengking awak..
Tapi jauh dlm sudut hati ibu, ibu terlalu sygkan hariz..Ibu minta maaf sangat2! Ibu penat..Ibu marah bila hariz tak nak dengar cakap ibu..Tapi ibu tahu, hariz belum mengerti apa2..Maafkan ibu sayang..Ibu tahu hariz nakkan perhatian dari ibu..
Ibu harap bila besar nanti Hariz akan baca blog ibu..dan Ibu nak Hariz tahu yang ibu terlalu sayangkan hariz..

Untuk Suamiku..
Mas minta maaf sekiranya banyak kekurangan di atas layanan mas terhadap abg..rumah tangga tidak terurus dan mcm2 lagi..
Terima kasih sbb selalu tolong isterimu..
Banyak kekurangan mas sebagai isteri..Mas minta maaf..Insyaallah after deliver keadaan pulih seperti sedia kala..

Ok. Semalam tak boleh tido. Sampai office sakit kepala, Sakit badan..rasa nak pengsan..Emosi jadi tak stabil..:-(

Takpelah..mungkin ini balasan di atas dosa2 yg aku lakukan..Happiness will come very soon..Insyaallah..on my birthday month..The gift from Allah..

Sunday 27 October 2013

Rindu My Litlle Khalifah

Assalamualaikum wbt..

(Entry penuh emosi...huhu)
 


Setiap saat, setiap detik Ibu rindu kamu..Ibu sayang kamu..I never stop LOVE you sayang. Sayang anak ibu Ahmad Naufal Hariz! :')

Tuesday 10 September 2013

Parenting: I Love Them So Much!

Assalamualaikum wbt

Hari ni rasa boring sikit kat office sbb aku tgh tunggu staff aku siapkan keje dorang sebelum aku recheck balik. Mcm biasa la kalau dah takde keje nak buat, mulalah teringat kat anak.

Alahai anak..bila la ibu nak habis keje ni..Tak sabar nak duduk rumah jaga awak! Miss u sayang...Setiap detik waktu, ibu tak pernah lupakan awak. Awak lah jantung hati ibu..*Windunyeee*hukhukhuk!


Muka pun dah sama dengan upin ipin! Seronok sangat dia tengok cite upin ipin! haha


Me and my family. Hope happy forever until Jannah!