Thursday 19 September 2013

Bayi Meninggal di Pusat Asuhan

Assalamualaikum wbt

Seorang bayi lelaki berusia 7 bulan meninggal di pusat asuhan di Wangsa Maju kira-kira 5.30 ptg semalam. Hal itu disedari oleh bapa mangsa sewaktu mengambil anak beliau pada ptg tersebut.

Walau bagaimanapun, sebelum bayi tersebut dikesan sudah tidak bernyawa pusat asuhan tersebut langsung tidak memberikan penjelasan kepada bapa mangsa tentang keadaan anak beliau.

Difahamkan, bayi tersebut muntah darah semasa dalam jagaan pusat asuhan tersebut.

Pada pendapat saya sebagai seorang ibu, pihak media perlu menyatakan secara jelas NAMA PUSAT ASUHAN tersebut supaya boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang lain. Bukan untuk menjatuhkan perniagaan pusat asuhan tersebut, tapi utk dijadikan pengajaran kepada pusat asuhan yang lain.

Berita lengkap boleh layari Laman Harian Metro.

4 comments:

  1. ishh, eiqa sedih la klu dengar berita cenggini :(
    kesian anak2x kecik tuu..
    bnyak dah kes gini kann..

    eiqa follow sini, isi tabung :)

    ReplyDelete
  2. kesian kat parents baby tu.. takziah

    ReplyDelete
  3. Berita-berita macam inilah yang buat saya takut untuk tinggalkan anak pada orang lain. Anak buah dihantar pada orang juga, but rasa risau itu sentiasa ada...

    ReplyDelete