Showing posts with label Nursing. Show all posts
Showing posts with label Nursing. Show all posts

Monday 23 February 2015

Macam mana Nak "Wean Off" Anak Yang Menyusu Badan

Assalamualaikum wbt

Ha..Bukan main panjang lagi tajuk tu. hehe
Actually, saya terdetik nak share pengalaman macam mana nak wean off kan anak atau dalam erti kata lain nak putus susu badan memandangkan ramai ibu menyusu yang mengalami masalah yang sama.

Sebenarnya niat di hati nak putuskan susu sejak merancang untuk mengandung lagi. Tapi sebagai seorang ibu, saya rasa sedih sgt umpama nak berpisah jauh dengan anak. Yela, bila kita menyusukan anak tu ibarat dua jiwa menjadi satu. Mungkin selepas anak dah tak menyusu badan, dia dah taknak dipeluk dicium oleh ibunya. Perkara tersebutlah yang selalu bermain di fikiran saya.

Tapi bila disahkan mengandung anak kedua, nipple saya rasa sakit sangat bila anak hisap susu. Rasa pedih Ya Allah..Hanya Dia yang tahu. Tapi pada masa tu saya memang nekad untuk putuskan susu. So, apa yang saya buat, setiap kali anak minta susu, saya akan alihkan perhatian dia kepada benda-benda yang dia suka. Contohnya "eh..Hariz nak main ultraman tak..jom lawan2..Hariz jadi Ultraman, Ibu jadi Raksasa..Best kan..cepat-cepat..jom lawan2" (of course masa kita cakap tu kita pun kena buat muka excited supaya dia teruja. Bersungguh-sungguh ajak dia main. Senang je kalau kita tahu apa minat anak. Jadi kanak-kanak riang sekejap pun apa salahnya kan. So, ayah pun kena main peranan la jugak. Yup. My Husband sangat supportive sejak dari bertekad nak full bf sehinggalah ke wean off. Lucky me. Alhamdulillah.

Kalau anak menangis macam mana? 
Ibu kena tabahkan hati. Jangan sekali-kali offer untuk dia bf. Alihkan perhatian dia macam saya cakap kat atas. Kalau tak boleh jugak, ayah TOLONG main peranan. Offer anak jalan-jalan ke main basikal ke atau apa-apa aktiviti di luar rumah iaitu jauh dari Si Ibu.

Apa nak buat bila waktu malam anak nak jugak df masa nak tidur? (Dah menjadi kebiasaan anak-anak yang df).
Ok. Part ni ibu-ibu boleh bertolak ansur dengan anak. Boleh je bagi dia df. Just untuk dia lepaskan rindu. Sambil bf tu, gosok kepala anak, dan bagitahu dia yang ibu sakit. Abang dah tak boleh hisap susu..Kesian ibu, Ibu sakit sangat..Sambil tu pandang muka anak dan buat la muka sesedih mungkin. 
Lakukan setiap malam sampai anak dah biasa tidur tanpa df.

Percayalah its work! Mungkin kita fikir anak sekecil tu tak faham apa yang kita cakap kan. But believe me, anak-anak tahu perasaan dan faham apa yang kita cakap. Dia lebih bijak dari orang dewasa!

Lakukan secara konsisten, tabahkan hati ye ibu-ibu. Bukan mudah untuk pisahkan anak-anak dengan kita setelah 2 tahun lebih menyusu direct dari kita sendiri. Saya sendiri pun sangat-sangat sedih untuk wean off. Tapi apakan daya, penyusuan bukan lagi satu keperluan bila anak dah besar. Saya boleh katakan untuk wean off ni memerlukan kekuatan dan ketabahan dari seorang ibu dan anak. Jangan lukakan emosi anak. Seorang anak pun perlukan masa untuk berpisah. Jangan kejam terhadap anak-anak. Lakukan secara perlahan-lahan, walaupun mengambil masa yang lama, Insyaallah akan nampak hasilnya. Good Luck Mommies!!!

p/s: sebelum ni saya pernah cuba macam-macam petua orang tua. Tapi at last saya rasa kejam bila memaksa anak saya untuk wean off secara drastik. Jadi, pada pandangan saya ini adalah langkah terbaik untuk 'berpisah jiwa' ibu dan anak.