Friday 13 March 2015

Set Legging Dan Headband Baby Cantik

Assalamulaikum wbt

Korang yang ada baby girl tu mesti suka kan tengok baby pakai headband?? Comel giler..Selalu impikan untuk dapat baby girl..Alhamdulillah..Allah makbulkan doa saya untuk dapat baby girl. Dah tu mula la nak pakaikan macam-macam kat baby.. Dari bawah sampai atas ada je nk je pakaikan yang comel2..Pantang nampak! Sekarang ni saya gile pakaikan headband kt anak saya ni..hihihi..kesian dia jadi bahan eksperimen ibu dia nih..maklum la zaman saya dulu takde la nak pakai vogue macam ni..huhu


Kat bawah ni korang boleh pilih design yang korang suka... Korang grab la banyak-banyak sebab kalau korang beli 3 headband ke atas dapat FREE POSTAGE! 

Knotted Headband
Material: Cotton Knit 


Easy Bow Wrap
Sesuai untuk New Born sehingga 3 Tahun
Boleh adjust sebab ada velcro di belakang wrap

Ok untuk mommies yang rasa nak beli headband boleh je pilih design dan whatsapp atau sms ke no ni +60176087743

Bukan tu je, dorang pun ada jual set legging dengan headband tau!! Pilih je okeyy..dan jangan lupa BUY 3 FREE POSTAGE!!!

Set legging dan Headband
Size: New Born hingga 3 tahun
Material: Cotton Knit












p/s: korang boleh visit ig: MFZ COLLECTIONS untuk shopping atau window shopping items lain ye..:-)

Monday 2 March 2015

Masalah Sembelit Di Kalangan Bayi

Assalamualaikum wbt

Ainul dh masuk 6 bulan dan saya dah introduce solid food dekat dia. Alhamdulillah setakat ni takde lagi simptom alergik pada Ainul. Pic ni taken from my planner. So, korang boleh tengok food yang saya dh try pada Ainul.."OK" tu means takde sebarang tanda2 alergik pd Ainul.


Tapi sejak diperkenalkan sweet potato dan avocado saya perasan yang Ainul macam sembelit. Kalau membuang pun sikit sangat dan berketul. Bila nak membuang dia menangis je. So, i google and dapat info dalam blog shehan..

Bagaimanakah saya tahu bahawa bayi saya sembelit? 
  • Sembelid jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal.
  • Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu. Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air besar.
  • Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.
  • Sebelum mengesyaki sembelit, anda perlu mengenali simptom-simptom yang tercatat di bawah dan anda harus faham bahawa bayi, sama seperti orang dewasa, akan mempunyai pola membuang air besar yang bertukar-tukar
Apakah simptom-simptom sembelit? 
  • Bagi bayi yang berusia 0-3 bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit.
  • Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda.
  • Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.
Bagi bayi yang lebih berusia dan sudah mula makan makanan pejal, simptom-simptomnya termasuklah: 
  • Meragam, sakit abdomen dan gastrik.
  • Abdomen yang keras.
  • Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.
  • Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras.
  • Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul
Kenapakah sembelit berlaku? 
  • Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.
Bagaimanakah saya boleh merawatnya? 
  • Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan.
  • Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.
Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong. 

Cara-cara berikut juga boleh membantu: 
  • Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
  • Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijirin. [BRAT]

Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap. 

Okey. based pada info ni i think i akan tukar pola pemakanan Ainul iaitu back to buah pear. Hope info ni dapat membantu mommies yang mengalami masalah yang sama seperti saya.