Wednesday 12 April 2017

Cara Menggunakan Pam Susu Dengan Betul

Assalamualaikum wbt

Sebelum ni saya share berkenaan dengan Jenis-jenis Breastpump yang terdapat di pasaran. Jadi hari ni saya akan share berkenaan dengan cara-cara menggunakan breastpump yang betul.

Ramai ibu-ibu yang membeli pam dari pelbagai jenama dan ada yang mencecah ribuan ringgit, tapi susu tetap malu2 nak keluar. Bukan salah pam ye mommy, cara penggunaan kita kadang2 perlu diperbetulkan.

Sebaiknya mommy perlu memilih pam yang mempunya minimum 2 button phase iaitu stimulate phase dan expression phase. Cara pemilihan pam yang betul saya akan share dalam entry berasingan.

Cara Penggunaan Pam:





1. Pertama sekali, tekan button stimulate untuk melancarkan susu. Kebanyakan pam di pasaran akan diset masa 2 minit untuk stimulation phase. Tetapi, jika susu mulai keluar, mommy terus tukar ke button Expression.

2. Mulakan button expression dengan level yang rendah. Tingkatkan level sedikit demi sedikit. Apabila susu mulai laju, tingkatkan level ke tahap yang paling selesa untuk mommy.

3. Apabila susu mulai perlahan, mommy tekan button stimulation semula untuk breast stimulate susu. Ulang dengan menekan button expression apabila susu mulai keluar.

4. Mommy perlu ulangi step2 di atas sehingga 20-30 minit. 30 minit adalah paling maksimum untuk pam per sesi. Sepatutnya selepas 30 minit breast dah rasa kosong dan ringan. Jika mommy masih rasa breast masih belum kosong sepenuhnya, pasti ada kesilapan terhadap teknik mengepam atau pam yang dipilih tidak sesuai untuk mommy.



*Jika mommies nak SAYA BANTU mommies dalam penyusuan, mommies boleh wasap saya +60176087743 (Mas) atau tanya je dekat komen okey ;-)

www.MfzMomsAndBabyShop.com

#TeamAsiahMaharam
#BukuBankSusu2000oz
#Breastpumpmurah


Monday 3 April 2017

Kenapa Perlu Simpan EBM?

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya nak share kenapa pentingnya kita sebagai ibu untuk menyimpan susu ibu perahan (EBM). Siapa yang perlu simpan ebm?

Ok pada pendapat saya tak semestinya ibu yang bekerja shj perlu simpan ebm, tapi surirumah pun perlu ada stok susu di rumah. Kenapa?? Ok jom saya senaraikan sebab-sebab kenapa perlunya simpan stok susu.

1. Jika baby perlu berada di hospital dan perlu rawatan rapi. So si ibu tidak boleh sentiasa berada di sisi bayi.

2. Jika ada masalah nipple yang menyebabkan si ibu tak mampu untuk memberikan susu secara direct feed; seperti nipple crack, inverted nipple.

3. Jika si ibu mengalami bengkak susu. Si ibu perlu mengepam untuk mengurangkan bengkak susu tersebut.

4. Jika ibu tidak boleh membawa bayi ke tempat kerja.

5. Jika si ibu terpaksa meninggalkan rumah dalam tempoh yg lama, seperti mengadakan umrah, travel dan terpaksa meninggalkan bayi dalam jagaan keluarga.

6. Ini yang paling penting. Untuk maintain levels of milk production jika si ibu mengalami sakit dan tidak mampu untuk menyusukan bayi sepanjang sakit tersebut.