Wednesday 28 October 2015

Santai: Kisah di IOI Mall Putrajaya dan Mangnum Putrajaya

Assalamualaikum wbt

Minggu ni nampaknya jerebu masih lagi melindungi keindahan langit biru. Dalam kepala ni duk fikir-fikir mana la nak bawa anak keluar jalan-jalan minggu ni. Last-last terfikir nak pergi IOI Mall Putrajaya. Boleh tengok orang main ice skating. Lagipun baru sekali pergi sana. Tak habis pun lagi tawaf mall tu..hihi. Kebetulan hari tu dapat notis yang elektrik takde dari jam 10 pagi sampai pukul 6 ptg. Memang betul pun. Dalam pukul 1030 pagi tu elektrik dah takde. Nak buka tingkap, jerebu tebal lagi. Anak-anak dah berpeluh. So, apa lagi..mandi2, siap2, pastu keluar!!!

Pic ni masa all the way p putrajaya..Encik husband singgah di stesen minyak beli roti dan air bagai sebab semua orang dah lapar sangat!

Along jeles tengok ibu dengan adik selfie..So dia pun tak nak tertinggal jugak..hehe

Ni masa tengah tunggu ibu solat di tingkat 2. Masa ni ok lagi takde la penat sgt.

Ibu dah habis solat, tengok2 semua dah hilang. Rupanya dorang anak-beranak tengah main lego dekat dalam Lego City. Yang bestnya Lego City, korang main la lego sepuas-puasnya walaupun korang tak nak beli sekalipun. Dorang biarkan je dan takkan halau korang. Duduk la sehari suntuk pun. Apa lagi anak-anak suka laa...

Happy sangat dia dapat naik mini train ni. RM 5 / person. Tapi untuk adik free je...:-)

Masa ni adik dh tido sebab letih sangat. Bukan setakat adik je, ibu pun dah hampir pitam masa tengah que nak naik train tu. Siap dah duduk sambil que tu. Sepanjang pregnant ni ibu tak pernah pitam lagi. Tapi haritu buat pertama kalinya dalam 24 weeks pregnant no 3 ni ibu nak pitam! Mahunya tak pitam sehari suntuk tawaf mall yang besar gila tu!
Lepas mahgrib tu ibu ajak ayah p makan dekat magnum cafe. Bapak la harga mencekik darah! Lupa pulak nak snap pic harga menu. Tapi kalau tengok menu tu memang meleleh air liur tau..hihi

Ni order Fries je..Harga RM18

Yang ni nampak menarik kan??? Tau tak ice cream dgn apa tu?? Lempeng je tu!!!! RM38 kalau xsilap...huhu..ada la sikit dia letak mayo n yogurt.

Si Along ni nak makan vanilla ice cream je..Sebatang tu RM9 tahu???!!!

Takpelah...sekali sekali makan mahal-mahal kan..Lagipun baru lepas gaji..Kalau duit tu tak habiskan untuk anak-anak, untuk sape lagi kan? Itu belum duit belanja dia toys beratus2 lagi tu...waaaa...kopak poket ibu...botak la kepala ayah...hahaha

OK. Sampai je rumah ibu pengsan terus! Esoknya sakit badan tak boleh nak bangun..huhu

KUTU FREEMIE: FREEMIE MURAH (JUGA DIBUKA UNTUK BAYARAN SECARA ANSURAN)

Assalamualaikum wbt

KUTU FREEMIE

Normal Price: RM432.20
Kutu Price: RM376 (postage included for Semenanjung Malaysia)

Bayaran:

*RM94/Month x 4 Bulan
*Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 30hb pada setiap bulan

Syarat-Syarat Pemain kutu:

*Pls mommies sebelum add group pastikan anda mempunyai acc fb yang tulen. Akaun tulen tu bermaksud ada gambar anda, gambar anak ke, gambar family ke..bukan fake akaun ye..saya perlu siasat latar belakang anda sebelum diterima masuk ke group..:-)
*Sila whatsapp pic IC depan belakang untuk tujuan rekod.
*Betul-betul komited dalam pembayaran setiap bulan
*Sila dapatkan izin suami masing-masing dulu ye sebelum join kutu. Sebab ada kes dah running kutu beberapa bulan, tup tup suami cakap suruh stop. Kalau jadi macam tu, pembayaran anda sebelum ni dikira burn ye. So pls mommies apa2 pun suami come 1st hokey..:-)

Syarat-Syarat Installment:

*Sila Whatsapp saya secara personal untuk memudahkan urusan selanjutnya.
*Deposit RM50 diperlukan untuk tujuan pengesahan.
*Harga Kutu/Installment adalah sama ye sebab tujuan saya wujudkan skim kutu atau installment ni adalah untuk membantu mommies menjayakan penyusuan susu ibu kpd anak2..
* Maksimum installment boleh dibuat selama 5 BULAN Sahaja.

Friday 23 October 2015

Breastfeeding Journey: Kutu / Installment Spectra 9+ Breastpump

Assalamualaikum wbt

Harini dengan rasa rendah diri dan baik hatinya saya ingin open pada mommies yang berkeinginan untuk memiliki Breastpump Spectra 9+ tapi mungkin ada kekangan kewangan atau halangan2 yang lain dan terpaksa melupakan hasrat tersebut..

So sekarang saya open pada mommies untuk join kutu spectra 9+. Kutu ni akan start setelah cukup orang ye..Dekat bawah nanti saya akan nyatakan syarat-syarat untuk join kutu..

Pada mommies yang nak buat installment pun boleh..Tapi barang akan dapat setelah full payment dibuat okey..

KUTU SPECTRA 9+
SPECTRA 9+
Kutu Pice: RM714 (postage included for Semenanjung Malaysia)

Bayaran:

*RM140/Month x 5 Bulan (Penerima pada bulan tersebut perlu tambah RM14 untuk tujuan pos)
*Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 30hb pada setiap bulan

Syarat-Syarat Pemain kutu:

*Add group FB: https://www.facebook.com/groups/kutubreastpump/
*Pls mommies sebelum add group pastikan anda mempunyai acc fb yang tulen. Akaun tulen tu bermaksud ada gambar anda, gambar anak ke, gambar family ke..bukan fake akaun ye..saya perlu siasat latar belakang anda sebelum diterima masuk ke group..:-)
*Sila whatsapp pic IC depan belakang untuk tujuan rekod.
*Betul-betul komited dalam pembayaran setiap bulan
*Sila dapatkan izin suami masing-masing dulu ye sebelum join kutu. Sebab ada kes dah running kutu beberapa bulan, tup tup suami cakap suruh stop. Kalau jadi macam tu, pembayaran anda sebelum ni dikira burn ye. So pls mommies apa2 pun suami come 1st hokey..:-)

Syarat-Syarat Installment:

*Add group FB: https://www.facebook.com/groups/kutubreastpump/
*Pls mommies sebelum add group pastikan anda mempunyai acc fb yang tulen. Akaun tulen tu bermaksud ada gambar anda, gambar anak ke, gambar family ke..bukan fake akaun ye..saya perlu siasat latar belakang anda sebelum diterima masuk ke group..:-)
*Sila Whatsapp saya secara personal untuk memudahkan urusan selanjutnya.
*Deposit RM50 diperlukan untuk tujuan pengesahan.
*Harga Kutu/Installment adalah sama ye sebab tujuan saya wujudkan skim kutu atau installment ni adalah untuk membantu mommies menjayakan penyusuan susu ibu kpd anak2..

Sekiranya terdapat pertanyaan anda boleh komen di bawah atau add group fb atau Whatsapp sy di +60176087743

Wednesday 14 October 2015

Santai: Seharian di Taman Tasik Perdana

Assalamualaikum wbt

Dah berapa minggu negara kita dilanda jerebu kan. Aku dah rimas tengok suasana gelap berhabuk bagai. Cuma dalam seminggu ni cuaca kejap ok kejap tak ok. Tapi boleh la kalau nak keluar sekejap.

So hari Sabtu lepas, kami sekeluarga ambil keputusan untuk beriadah di Taman Tasik Perdana. Dah lama sangat anak-anak aku tak beriadah dekat luar. Nak keluar pun pergi shopping mall pastu balik. Yelah shopping mall tu ada apa la sangat.. Takkan la setiap minggu nak bawak anak ko pergi Aquaria KLCC kan??? Tak kopak ke duit ko! :-P

Setengah hari kot kami kat sana. Dari pagi sampai ke petang! Sedar2 dah azan zohor. Aku pun dah sakit pinggang tahap nak baring je atas bangku kat tasik tu. Kami round 1 Taman Tasik tu kot. Dah la nyamuk banyak! huhu

Ni gambar sebelum kiteorang round taman tu. First time adik naik buai okey! Mula-mula dia tak pandai imbang badan dia. Tapi lama-lama seronok pulak buai laju2. Konon dah terer la tu.

Nampak tak betapa 2 beradik ni so happy bila nampak dunia luar..Along tu sibuk sangat nak buai adik dia laju2!

Masa ni tak sampai suku pun dari taman tu..Tapi aku dah macam kura-kura dah. Nasib la bawak mak buyong sorang ni. Terpaksa la bersabar sikit.

Nampak tak muka adik geli nak pegang rumput tu..hihi. Maklum la rumah semua batu. 1st time dia pegang rumput dalam hidup dia. Tapi adik okey sikit dari Along. Along dulu siap meraung lagi tu. hahaha

Masa ni dah hampir nak sampai ke tempat parking. Masing-masing dah penat sangat. Air pun dah habis. Kat situ nak stop rehat kejap pun tak boleh sebab nyamuk banyak sangat. So muka memasing pun faham2 jela kan.. Ajak bergambar pun boolayan dah...