Thursday 19 September 2013

Bayi Meninggal di Pusat Asuhan

Assalamualaikum wbt

Seorang bayi lelaki berusia 7 bulan meninggal di pusat asuhan di Wangsa Maju kira-kira 5.30 ptg semalam. Hal itu disedari oleh bapa mangsa sewaktu mengambil anak beliau pada ptg tersebut.

Walau bagaimanapun, sebelum bayi tersebut dikesan sudah tidak bernyawa pusat asuhan tersebut langsung tidak memberikan penjelasan kepada bapa mangsa tentang keadaan anak beliau.

Difahamkan, bayi tersebut muntah darah semasa dalam jagaan pusat asuhan tersebut.

Pada pendapat saya sebagai seorang ibu, pihak media perlu menyatakan secara jelas NAMA PUSAT ASUHAN tersebut supaya boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang lain. Bukan untuk menjatuhkan perniagaan pusat asuhan tersebut, tapi utk dijadikan pengajaran kepada pusat asuhan yang lain.

Berita lengkap boleh layari Laman Harian Metro.

1st Day Pakai DX Lingerie

Assalamualaikum wbt

yeahhh! semalam dx lingerie ku sudah tiba di pangkuan pemiliknya..cewah! Seronok giler..rasa macam tak sabar2 nk pakai..yela..dulu aku pakai premium beautiful..tp tak berapa kena dgn kulit aku..rasa mcm gatal sikit..so, ada kawan suami aku introduce dx lingerie ni..pakai2 rasa selesa je..haaa..apa lagi..mulalah sesi menghasut suami..hohoho

Nasib baik isteri kpd kwn baik suami pun pakai dx lingerie jgk..so dia pun sama2 menghasut la suami aku..kata nk isteri cantik di mata suami kannnn???? hahaha



Hari ni bermula lah episod aku pakai full set dx lingerie body shaper. 1st day datang office pakai dx. Fuhh! Rasa sedap je badan. Tulang belakang pun ok..takdelah rasa sakit belakang sangat. Kalau sebelum ni tak leh nk duduk lama..mula la sakit belakang, sakit pinggang, sakit leher. *ni la akibat berpantang tak betul.degil!huhuhu*.

Tak sangka pulak hari ni pakai terus je rasa kesan..erm..mungkin sbb body shaper yg aku pakai ni. Aku ada baca, body shaper ni boleh meluruskan tulang belakang jika dipakai berterusan.

So, kesimpulannya aku rasa happy sangat hari ni sebab badan rasa sedap je. Terus semangat nk keje..hahahaha..

Aku akan update lagi bila dh seminggu atau 2 minggu pakai dx lingerie ni..*happy*


Wednesday 18 September 2013

Makanan Untuk Otak

Assalamualaikum wbt

Sekarang ni dh hujung2 tahun, bermulalah musim hujan di seluruh semenanjung Malaysia. Bukan je tu, mak bapak, anak-anak, adik-adik pun sibuk jgk dgn musim peperiksaan.

So, hari ni ahkak nk share tentang cara pemakanan yang terbaik menjelang musim peperiksaan ni.

Antara makanan yang diperlukan untuk perkembangan otak ialah:

1. Ikan yang berlemak seperti ikan salmon, sardin dan ikan kembong. Ini kerana ia mengandungi banyak protein dan omega 3 yang membantu merangsang otak dan merangsang mood yang baik.

2. Telur. Ia mengandungi kolina (sejenis vitamin B) yang membantu menguatkan daya ingatan.

3. Sayur dan Buah. Ia mengandungi mineral, vitamin, air dan serat yang membantu pencernaan. Ia rendah kalori dan boleh memberikan tenaga semasa mengulangkaji keran fruktosa dan gula sihat yang ada di dalamnya boleh diubah menjadi tenaga.

4. Mentega Kacang. Mengandungi lemak sihat dan tinggi protein. Ia boleh membuatkan anda kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

5. Teh Hijau. Polifenol di dalam teh hijau boleh melindungi otak dan ia turut membantu pengeluaran dopamina, hormon yang berperanan mencetuskan mood positif.

6. Coklat Gelap. Ia boleh mengurangkan tekanan darah dan kolestrol. Coklat juga mengandungi kafein yang membantu meningkatkan daya tumpuan.

Monday 16 September 2013

Pregnancy: Bahaya Jeruk / Asam Terhadap Ibu Mengandung

Assalamualaikum wbt

Hari ni aku nk share sikit pasal pemakanan. Walaupun tajuk dia khas untuk ibu mengandung, tapi semua orang pun perlu ambil tahu pasal hal ni. JERUK!

ihsan: google

Aku rasa ramai yang suka jeruk kan? Kalau p Penang je orang akan kirim jeruk! Walaupun aku tak makan jeruk, terpaksa la beli demi kawan2..hihihi

Di sebalik kelazatan jeruk ni, korang nak tau tak kesan atau kemudharatan jika jeruk dimakan terlalu kerap? Di antara sebab mengapa jeruk atau asam tidak boleh diambil terlalu kerap:

1. Ia mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi.

2. Pengawet digunakan ada kalanya bahaya dan boleh memberi kesan tidak baik pada kesihatan.

3. Pengawet seperti asid benzoik boleh memberi kesan kepada hati dan buah pinggang.

4. Ada jeruk yang menggunakan bahan pengawet yang bahaya untuk kesihatan bagi membolehkan ia bertahan lebih lama.

5. Pewarna tiruan digunakan ada kalanya boleh mengakibatkan alahan termasuk kerengsaan pada perut dan kulit.

Okaylah. Ni yang aku terbaca dalam Berita Harian dan aku sharekan kat sini utk tatapan korang. Terpulang pada diri masing2 utk menjaga kesihatan diri ye..Kalau ada tambahan yang nk ditambahkan dalam entry ni korang boleh share2 ye..nanti aku updatekan entry ni..Sharing is caring kan...hihi

Segment Up Followers : Sugar and Salt's Blog

Assalamualaikum wbt

Jom join Segment Up Followers dari Blog Sugar and Salt..

Pemilik blog ni namanya Husna..pandai sangat bab bab design ni..Cuba klik blog dia..comel je kan.
Husna siap buat service design banner, blog and macam2 lagi tau. Korang boleh tengok la hasil kerja Husna kt blog dia k..

Kalau korang nk join boleh klik link ni ye..Segment Up Followers. Jangan malu jangan segan k..Kita sama2 tambahkan kenalan. Tak salah ramaikan sahabat kan..;-)

Thursday 12 September 2013

Kelas Menjahit Area Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Aku teringin la nk belajar menjahit. Tapi susah sangat nak cari kelas area Setiawangsa/ Wangsa Maju ni. Dah ler tempahan menjahit pun mahal kan..

Ada tak sesiapa yang tahu Kelas Menjahit Area Setiawangsa atau Wangsa Maju ni. Klau boleh kelas yang for beginner ye sbb aku ni buta menjahit. hihihihi

Please help me kawan2...:-)

Segment 1st Mama

Assalamualaikum wbt

For the 1st time aku nk join GA..tak tahu pun apa sebenarnya GA ni..tapi aku join jela..boleh la tambahkan kenalan kt alam maya ni..

Aku tahu ni pun dari blog Ayu..So, ape salahnya try kan..thanks Ayu..hehe

So, sesape yang nk join Segment 1st Mama, boleh klik gambar kat bawah ye..Cute je blog Mommy As..Pinky gitu..Anyway, to Mommy As selamat berkenalan...:-)


iPhone 5S Dan iPhone 5C Dilancar

Assalamualaikum wbt

Apple telah melancarkan 2 iphone baru termasuk varian bajet yang disasarkan untuk peminat telefon pintar di negara membangun.

Tempahan online untuk iphone 5s dan 5c yang dikuasakan ios 7 akan dibuka esk sebelum dipasarkan di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura pada 20 Sep 13.

iPhone 5C:
- Berkos rendah dengan sarung polycarbonate dialas kerangka keluli.
- Harga AS$99 (RM324) dengan kontrak 2 tahun di Amerika Syarikat atau AS$549 (RM 1,797.56) jika tanpa kontrak.

iPhone 5S:
- Harga AS$199 (RM651.58) dengan kontrak 2 tahun atau AS$649 (RM2,124.99) tanpa kontrak.
- merupakan telefon pintar termaju pernah dihasilkan Apple sehingga kini.
- Dilengkapi dengan cip pemprosesan yang sangat laju hinggakan menjadikan gerak kerja perkomputerannya hampir sama seperti sebuah PC.
- Ada lebih 1 billion transistor dalamnya sekaligus menjadikan pengalaman melayari permainan dan aplikasi grafik sangat pantas.
- Bateri boleh bertahan 10 jam dan 40 jam untuk memainkan muzik.
- Ciri terhebat ialah pengenalan cap jari sebagai ciri keselamatan menggantikan kata kunci, serta sebagai cara pengesahan pembelian dalam iTunes.

p/s: aku post ni guna ipad, tak reti nak masukkan gambar, jd korang klik jela link Apple ni ye...hihii..soriii..:-P



Wednesday 11 September 2013

Malaysian Axe-Tronaut: Vote For Adam

Assalamualaikum wbt

Hari ni baca paper Berita Harian, tetiba terbaca tentang "Budak Roket". Aku rasa kagum sangat dengan semangat dan kegigihan Mohd Adam Tun Tuah ni nak menakluki angkasa.

Beliau hanya mempunyai Sijil SPM tetapi sangat bercita-cita tinggi! Dan beliau juga membuktikan bahawa walaupun beliau hanya bersekolah hingga ke Tingkatan Lima, tapi tak bermakna beliau tak mampu mencapai impian setinggi bintang!


Nama: Mohd Adam Tun Tuah
Pekerjaan: Juruteknik Tali Khas
Pencapaian: Pernah Mendapat Penghargaan Daripada Industrial Rope Acess Trade Association (IRATA) Hasil Kerja Mencuci Menara Berkembar Petronas (KLCC).

*Sumber: Berita Harian*

So, marilah kita sama2 mengundi Adam untuk Program "Ace Apollo Space Race". Bagi aku, Adam mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda untuk mengikut jejak langkah beliau. Beliau berjaya membuktikan kecemerlangan akademik bukanlah segalanya, tetapi semangat dan keberanian untuk berjaya adalah faktor utama kejayaan!

GO!GO! ADAM!!!!

Cara-Cara Untuk Vote:

1. Klik link http://apps.facebook.com/axespacerace

2. Vote Adam (Korang boleh vote setiap 1 jam).

Tuesday 10 September 2013

Parenting: Kesan Tiada Masa Bermain

Assalamualaikum wbt

Entry ni ditujukan khas kepada "ibu2 bapak2 siapa yang punya anak..."

Korang penah tak rasa bila balik keje je rasa penat giler dan malas nk main dengan anak. ermm..aku pun selalu sangat rasa mcm tu.

Sebenarnya kita tak tahu, walau mcm mn sibuk pun we must spent the quality time with family! terutamanya untuk anak2 yang sedang membesar.

Antara kesan kepada kanak2 yang tidak mempunyai masa untuk merasai suasana persekitarannya, mereka mungkin menunjukkan tanda2 tertekan.

Antara simptom2 kanak2 mengalami tekanan:

1. Mengelak daripada orang sekeliling.

2. Hilang selera makan.

3. Gementar.

4. Gangguan tidur.

5. Sakit kepala.

6. Sakit perut.

7. Kemurungan.

So, sebagai ibu bapa, mesti kita nak yang terbaik utk si kecik kan? Rajin2 lah bermain dengan anak anda. Mereka pun nk explore benda2 baru di sekeliling mereka. *Pesanan untuk diri sendiri juga*

Sharing: Cara Pilih Ikan Yang Segar

Assalamualaikum wbt

Haaa..kan aku cakap. Hari ni mood ber"blogging" tu lain macam sikit.
So, sementelah aku tengah rajin ni meh aku share sikit cara nak pilih ikan kt pasar. Mana la tahu ramai yang tak penah pilih ikan macam aku dulu2..hikhik

1. Mata jernih. Jika mata ikan tu dah tak jernih, tak bermakna takleh makan, tapi tak berapa nak segar la..Kalau nak tau mata jernih macam mana, tengok pic kat bawah tu.


2. Insang berwarna merah jambu dan lembap.


3. Isi pejal. 

4. Tidak berbau dan hanya berbau laut.

5. Sisik dan badan bersinar dan sisiknya tidak tertanggal.

6. Perut ikan tidak kembung atau kecut.

Semoga dapat dijadikan panduan kepada korang terutamanya yang baru mendirikan rumah tangga.

*pic: kredit to pakcik google*



Parenting: I Love Them So Much!

Assalamualaikum wbt

Hari ni rasa boring sikit kat office sbb aku tgh tunggu staff aku siapkan keje dorang sebelum aku recheck balik. Mcm biasa la kalau dah takde keje nak buat, mulalah teringat kat anak.

Alahai anak..bila la ibu nak habis keje ni..Tak sabar nak duduk rumah jaga awak! Miss u sayang...Setiap detik waktu, ibu tak pernah lupakan awak. Awak lah jantung hati ibu..*Windunyeee*hukhukhuk!


Muka pun dah sama dengan upin ipin! Seronok sangat dia tengok cite upin ipin! haha


Me and my family. Hope happy forever until Jannah!

Item For Sale: Oakley Flak Jacket For Sale

Assalamualaikum wbt

Kepada peminat2 oakley atau para isteri yang nk hadiahkan oakley kepada suami boleh la whatapp/sms aku eh..Aku jual murah giler dari harga pasaran.

ORIGINAL FROM USA

Oakley Flak Jacket
Color: Infrared/Black Iridium
Price: RM 600 (Nego) *Kalau harga kat luar RM700+*
Condition: 10/10 *tak pernah pakai sebab husband dah beli oakley lain..hukhuk*

Ni gambar dari Internet

Ni gambar realnye! *Sila abaikan meja yang calar balar tu!hahaha*

Pakej ini termasuk casing oakley dan kotak ye. "Kepercayaan anda matlamat kami!" hahaha

Ok. Sesapa yang berminat boleh call/sms/whatsapp: 0176037743 (Zamir)/ 0176087743 (Mas)

p/s: Kalau call tak angkat sila tinggalkan sms anda ye...hihihi



Monday 9 September 2013

Shopping: Pop My Case

Assalamualaikum wbt

Sejak aku terjebak dengan dunia blog ni, asyik2 cite pasal shopping je kan..ermmm..nak buat mcm mn..dh mmg aku ni kaki shopping!

Hari ni aku nak tunjuk kat korang custom made casing yang aku tempah dengan popmycase.

Ni aku letak gambar family aku. Kalau korang nk letak gambar apa2 pun tak kisah. Ikut kesesuaian hp korang. Yang ni aku buat untuk iPhone 3gs. Harga RM98.

Selain daripada custom made, korang boleh pilih yang ready stock. Dorang siap ada buat promotion lagi tu. Boleh dapat casing yang giler cantik dan berkualiti dengan harga yang murah!

Hp aku ni dh banyak kali jatuh *dibaling oleh anak aku* tapi still ok! Maknanya casing ni memang tahan lasak!

So, sesape yang berminat bolehlah visit page/web dorang untuk pilihan yang lebih banyak ok...

FB: popmycase
Web: popmycase

Sunday 8 September 2013

Shopping: ThePopLook dan Tudung People

Assalamualaikum wbt

Kalau dah namanya perempuan tu, memang tak lari la dari menyoping kan..Sama la ngan aku. Sejak ada anak ni, semangat shopping tu lain macam sikit. Lagi2 la sejak terjebak dengan online shopping. Semua penyakit ni datang sejak aku dalam pantang dulu.Ishh bahaya betul. So, korang yang tengah dalam pantang atau yang bakal berpantang 3 bulan tu, berhati2 lah sebelum terjebak..hihi.. Kalau orang yang mcm aku ni, yang dah terjebak memang takkan patah balik punya! hahahaha

Oklah..ni hasil menyoping aku bulan lepas kot.



Jeng jeng jeng!!!! Bungkusan ini ditakdirkan sampai bersama2..Pandai abg pos bajet..haha


Apakah ini??? Yang dalam bungkusan ni sebenarnya baju dari thepoplook. Tapi aku tak amik lak gambar baju tu..Takpelah..takde rezeki korang la tu..Anyway, beli baju dekat thepoplook ni memang tak rugi sbb design memang cantik2. Harga sangat2 la berbaloi dan mampu milik!


Ni dah sah sah la tudung kan..takkan la tudung people nak jual skirt lak..

Taraaaaa!!!!! Ni dia aku beli 2 helai tudung.Tamak betul! 



Yang ni tudung ala2 ekslusif lagi...siap ada tag bagai..

Tapi packaging dia memang tiptop..kain pun lembut je..tak jarang dan tak panas dan yang penting tudung ni saiz L ke XL tau. Kalau korang berminat boleh la pilih dekat blog tudungpeople ni. Korang kena cepat tau sebab tudung dorang ni sangat limited dan macam pisang goreng panas!


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..Finally dapat jugak siapkan blog yang tak seberapa ni. Harap2 blog ni dapat mengabadikan segala kenangan dalam kehidupan ini. Blog ini juga diwujudkan sekadar untuk berkongsi minat dan juga menambahkan kenalan di alam maya. Nice to meet u all...