Showing posts with label perah susu masa outstation. Show all posts
Showing posts with label perah susu masa outstation. Show all posts

Thursday 17 August 2017

Memerah Susu Waktu Outstation

Assalamualaikum wbt

Minggu lepas seminggu saya terpaksa outstation dan tinggalkan anak-anak di rumah. 1st time berjauhan dengan anak-anak selepas 3 tahun lebih kot. Alhamdulillah stok perahan yang ditinggalkan sebanyak 98oz cukup selama seminggu malah masih ada lebih 2 pack.

Selama seminggu tu jadual pam saya akan berterabur sebab masa sgt padat. Kadang-kadang selepas maghrib baru ada masa untuk pam susu. Kebetulan tempat yg saya tinggal tak disediakan peti sejuk. Nasib baik blh tumpang mini fridge milik staff di situ.

Lepas je balik dari outstation, susu merudum teruk! Pam pun dapat 2oz je utk dua2 belah. Tipu la saya tak stress kan? huhu. Tapi saya cuba pujuk diri. Memang selama 2 minggu tu saya keluarkan stok susu frozen je untuk anak. Selama 2 minggu juga saya struggle untuk up kan semula susu macam biasa. At least dapat 4oz sekali pam pun ok. So saya setkan target untuk capai at least 4oz sekali pam. 

Saya buat power pumping setiap hari selepas waktu lunch. Saya pakai freemie, so takde masalah untuk saya pam sambil keje. Alhamdulillah saya berjaya capai target saya, bukan setakat 4oz, malah lebih dan back to normal yield. 

So mommy, kalau korang rasa stress susu drop, TOLONG JANGAN FIKIRKAN SANGAT. Just be happy, relax dan pam macam biasa. Dan sudah tentu kena ada usaha untuk upkan yeild kan. Cara saya adalah dengan POWER PUMPING je. Korang mungkin boleh usaha lagi dengan cara jaga pemakanan atau sebagainya. Good Luck mommies. Happy Pumping!

Belanja stok yang terpaksa dibuang sebab expired. huhu. Baru ada kerajinan untuk susun stok dalam deep freezer.