Showing posts with label Prenancy. Show all posts
Showing posts with label Prenancy. Show all posts

Thursday 15 May 2014

Pregnancy: Scan 3D/4D Di Klinik Dr Wan Kamariah Setiawangsa

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi aku dh pegi buat details scan kat klinik Dr Wan Kamariah. Memang sangat puas hati! Sebelum ni aku dah penah buat dekat Klinik Subasri Dan Gan di Sri Rampai. Harga kat situ agak mahal dan penerangannya tak sedetail yg Dr Wan bagi.

So, aku nak share utk mommies out there yang teringin nak buat details scan atau panggilan mudahnya 4D Scan, aku sangat2 recommend korang pergi kat klinik Dr Wan ni. Klinik ni namanya KLINIK KELUARGA DR WAN KAMARIAH. Dia banyak cawangan. Yang aku pergi ni di Setiawangsa. Satu row dengan CIMB Bank. Berhadapan dengan Padang Bola, Setiawangsa.

Kalau korang nak pergi, aku nasihatkan pergi la awal pagi..Patient Dr Wan ramai. Aku tunggu dalam 1 jam jugak la..Sempat aku melantak kat kedai mamak. hihi

Harga Scan 4D ni RM 121. Apa yang kita dapat??? Haaa.. Korang akan dapat Gambar2 detail scan, Gambar 4D sekeping (siap di print atas kertas gambar) dan 1 keping CD.



Berbaloi kan dengan harga yg dia bagi. Dulu aku buat kat Klinik lain RM 150 ke atas kot..itu pun kena bawak pendrive sendiri dan penerangan hampesss.

Tapi 1st time aku buat scan 2D je kt klinik Dr Wan ni terus aku jatuh cinta and repeat lagi untuk buat 4D Scan kat sini.

Antara penerangan yang Dr Wan akan bagi/check ialah saluran darah di otak, tulang belakang, keadaan dalam ginjal, saluran jantung (nak check sama ada jantung berlubang atau tak), ukuran kepala, saiz tapak kaki, tangan, berat baby, jantina and beberapa lagi details yg dia akan check. 

Memang higly recommended!!!

Ok..tu je la aku nak share. Sebab bagi aku nak cari klinik/hospital yang buat 4D Scan dan penerangan yg detail dengan harga yang murah memang susah kan. So, i glad to share with you all pasal benda ni. 



Thursday 6 March 2014

Obimin Pluz - Pre-Natal Vitamin

Assalamualaikum wbt

Minggu ni aku dah masuk tempoh 16 minggu kehamilan! ALHAMDULILLAH! Syukur kepada Allah. Semalam dah pergi buat scan di Klinik Wan Kamariah, Setiawangsa. Sangat puas hati service kat sana. Penerangan yang sangat detail. So, sesape yang berdekatan area Setiawangsa dan berhajat nk buat 3d/4d scan boleh la ke sana k..

Tapi hari tu aku buat scan biasa je. Just nak tgk sekiranya ada apa-apa masalah pada baby. Ok. Berbalik pada tajuk asal. Masa scan tu, aku ada bgtau doktor yang aku tak makan sebarang vitamin sejak 2 bulan ni. So doktor bekalkan pada aku vitamin Obimin Pluz nih.


Bila aku makan vitamin ni, lepas 2 jam je terus muntah keluar semua makanan yang aku makan masa breakfast. Kenapa eh???

Aku try gak google kesan daripada pengambilan obimin pluz ni, ramai yg kata ok je..Tapi ada jugak aku terbaca yang obimin pluz ni boleh menyebabkan breast cancer dan telah diharamkan di Singapore. Daripada pihak jabatan kesihatan pulak, dia mengakui vitamin ni tak berbahaya dan telah diluluskan oleh kkm. Kawan aku cakap, bila kita dah makan obimin pluz ni, kita dh tak perlu ambil supplement lain sebab dia dah mengandungi semua zat yang diperlukan oleh ibu mengandung.


Bagi aku, terpulanglah pada diri masing2 samada nak makan atau tak. Kita lebih tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri kan?? 

Lepas dah makan vitamin ni untuk 3 hari berturut-turut, memang selepas 2 jam aku akan muntah yang sangat banyak. Maybe vitamin ni tak sesuai untuk aku kot. Takpelah, aku akan stop dulu and try makan minggu depan pulak..tengok kesannya macam mana..

Ada tak sesape yang ada pengalaman macam aku ni??? Kalau ada, pls let me know...takut jugak ada side effect yang kita tak tahu..:-(

Monday 16 September 2013

Pregnancy: Bahaya Jeruk / Asam Terhadap Ibu Mengandung

Assalamualaikum wbt

Hari ni aku nk share sikit pasal pemakanan. Walaupun tajuk dia khas untuk ibu mengandung, tapi semua orang pun perlu ambil tahu pasal hal ni. JERUK!

ihsan: google

Aku rasa ramai yang suka jeruk kan? Kalau p Penang je orang akan kirim jeruk! Walaupun aku tak makan jeruk, terpaksa la beli demi kawan2..hihihi

Di sebalik kelazatan jeruk ni, korang nak tau tak kesan atau kemudharatan jika jeruk dimakan terlalu kerap? Di antara sebab mengapa jeruk atau asam tidak boleh diambil terlalu kerap:

1. Ia mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi.

2. Pengawet digunakan ada kalanya bahaya dan boleh memberi kesan tidak baik pada kesihatan.

3. Pengawet seperti asid benzoik boleh memberi kesan kepada hati dan buah pinggang.

4. Ada jeruk yang menggunakan bahan pengawet yang bahaya untuk kesihatan bagi membolehkan ia bertahan lebih lama.

5. Pewarna tiruan digunakan ada kalanya boleh mengakibatkan alahan termasuk kerengsaan pada perut dan kulit.

Okaylah. Ni yang aku terbaca dalam Berita Harian dan aku sharekan kat sini utk tatapan korang. Terpulang pada diri masing2 utk menjaga kesihatan diri ye..Kalau ada tambahan yang nk ditambahkan dalam entry ni korang boleh share2 ye..nanti aku updatekan entry ni..Sharing is caring kan...hihi