Wednesday 25 June 2014

Minggu Yang Sangat Penat

Assalamualaikum wbt

Kali ni bersiaran dari hp jela ye..Dah lama sgt tak update blog. Keadaan diri yang tidak mengizinkan..minggu ni kandungan dh masuk 32 weeks dh..Alhamdulillah

Minggu ni en suami takde kat rumah. Penat sgt2.. dengan keaadaan diri yg penat..ank yg sedang melasak..kandungan yg sedang membesar menyebabkan aku nangis sorang2..huhu

Memang nampak mcm mengeluhkan? Sebenarnya aku nk semua org tahu terutamanya org sekeliling supaya memahami situasi orang lain..Jangan asyik nk mengata kat belakang je.

Yes. Sekarang awak tak rasa..tapi percayalah one day you might be in the same situation. Aku rasa mcm nk terputus nafas..If you tell me "ada je org blh handle sorang2 tanpa suami". Lain org lain rasa sakit and tahap ketahanan diri. Bagi aku suka hati kau lah nk cakap apa. Bukan nak manjakan diri sendiri. Tapi mmg aku rasa penat tahap max.

Untuk anak ibu, Ahmad Naufal Hariz..
Ibu minta maaf sangat2..Setiap malam ibu marah awak..Maybe tanpa ibu sedar ibu tengking awak..
Tapi jauh dlm sudut hati ibu, ibu terlalu sygkan hariz..Ibu minta maaf sangat2! Ibu penat..Ibu marah bila hariz tak nak dengar cakap ibu..Tapi ibu tahu, hariz belum mengerti apa2..Maafkan ibu sayang..Ibu tahu hariz nakkan perhatian dari ibu..
Ibu harap bila besar nanti Hariz akan baca blog ibu..dan Ibu nak Hariz tahu yang ibu terlalu sayangkan hariz..

Untuk Suamiku..
Mas minta maaf sekiranya banyak kekurangan di atas layanan mas terhadap abg..rumah tangga tidak terurus dan mcm2 lagi..
Terima kasih sbb selalu tolong isterimu..
Banyak kekurangan mas sebagai isteri..Mas minta maaf..Insyaallah after deliver keadaan pulih seperti sedia kala..

Ok. Semalam tak boleh tido. Sampai office sakit kepala, Sakit badan..rasa nak pengsan..Emosi jadi tak stabil..:-(

Takpelah..mungkin ini balasan di atas dosa2 yg aku lakukan..Happiness will come very soon..Insyaallah..on my birthday month..The gift from Allah..

Monday 9 June 2014

TRUNKI BAG MURAH!!!!

Assalamualaikum wbt..

Korang penah dengar tak trunki bag ni??? Comei gila habaq hang! Aku pun dh lama gila usha bag ni. Tapi harga ya ampun mahal tahap pitam!

Paling murah aku penah nampak orang jual around RM170 ok!

Disebabkan aku pun minat sangat2 dengan bag ni, and aku pun nk rembat 1 untuk anak aku, aku terjumpa 1 lubang yang dia jual murah je..

Harga terbaik dari ladang ni. RM 140 termasuk postage!!!! Aku tak tahu la kot2 korang jumpa lagi murah..

Sesapa yang nk order boleh pm aku ok..

Sms/Whatsapp: 0176087743
Email: masfizah@gmail.com

Yang ni Pre-Order tau. ETA 9 JULY 2014. So, korang boleh bayar deposit 50% Sahaja dulu. Bila barang dah sampai, bayar full ok..

Korang pilih design kat bawah ni beserta no kod ye..


Monday 2 June 2014

Baju Baby Murah!!!!

Assalamualaikum wbt

Dah lama kan blog ni bersawang?? hehe..Sorry sangat2 sebab tak update blog. Sebenarnya daku senang giat mengkaji peluang-peluang business di luar sana..cewah ayat! haha!

Untuk pengetahuan korang, aku baru je setup business barang-barang baby terutamanya baju kanak-kanak. Tapi sekarang ni more pada pakaian kanak-kanak perempuan la. Aku pun tak tahu, tengok je baju budak perempuan terus jatuh hati. Baju boy macam tak cantik jeee..Ke sebab nak dapat anak perempuan??haha.
OK. Sila abaikan.

Aku nak jemput korang semua untuk intai2 dan like la page aku kat FB ye..mana la tau kot2 ada yang terbekenan, terjatuh hati dan sebagainya..hehe

Korang klik link ni eh..

https://www.facebook.com/kidsprelovedboutique

Aku pun ada jual baju bundle budak2 dengan kualiti yang tinggi. So, korang boleh la jenguk2 page aku tu sbb semua baju bundle tu aku jual bawah RM 10.. tak lebih RM 10 tau!

Aku masih dalam proses sorting baju..Daku upload sikit2 ye..penat tau ibu mengandung ni..hihi

p/s:
* Korang plss bagi cadangan atau barang2 yang korang nk request aku jual..
* Sesiapa yang jual secara borong atau supplier barangan kanak-kanak plss email me your quotation (masfizah@gmail.com). I sangat2 serius dengan business ni! :-)