Thursday 15 May 2014

Pregnancy: Scan 3D/4D Di Klinik Dr Wan Kamariah Setiawangsa

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi aku dh pegi buat details scan kat klinik Dr Wan Kamariah. Memang sangat puas hati! Sebelum ni aku dah penah buat dekat Klinik Subasri Dan Gan di Sri Rampai. Harga kat situ agak mahal dan penerangannya tak sedetail yg Dr Wan bagi.

So, aku nak share utk mommies out there yang teringin nak buat details scan atau panggilan mudahnya 4D Scan, aku sangat2 recommend korang pergi kat klinik Dr Wan ni. Klinik ni namanya KLINIK KELUARGA DR WAN KAMARIAH. Dia banyak cawangan. Yang aku pergi ni di Setiawangsa. Satu row dengan CIMB Bank. Berhadapan dengan Padang Bola, Setiawangsa.

Kalau korang nak pergi, aku nasihatkan pergi la awal pagi..Patient Dr Wan ramai. Aku tunggu dalam 1 jam jugak la..Sempat aku melantak kat kedai mamak. hihi

Harga Scan 4D ni RM 121. Apa yang kita dapat??? Haaa.. Korang akan dapat Gambar2 detail scan, Gambar 4D sekeping (siap di print atas kertas gambar) dan 1 keping CD.



Berbaloi kan dengan harga yg dia bagi. Dulu aku buat kat Klinik lain RM 150 ke atas kot..itu pun kena bawak pendrive sendiri dan penerangan hampesss.

Tapi 1st time aku buat scan 2D je kt klinik Dr Wan ni terus aku jatuh cinta and repeat lagi untuk buat 4D Scan kat sini.

Antara penerangan yang Dr Wan akan bagi/check ialah saluran darah di otak, tulang belakang, keadaan dalam ginjal, saluran jantung (nak check sama ada jantung berlubang atau tak), ukuran kepala, saiz tapak kaki, tangan, berat baby, jantina and beberapa lagi details yg dia akan check. 

Memang higly recommended!!!

Ok..tu je la aku nak share. Sebab bagi aku nak cari klinik/hospital yang buat 4D Scan dan penerangan yg detail dengan harga yang murah memang susah kan. So, i glad to share with you all pasal benda ni. 



Tuesday 15 April 2014

Blackboard Sticker / Sticker Papan Hitam

Assalamualaikum wbt

Korang penah dengar tak tentang blackboard sticker???
Kalau tak penah dengar meh sini daku tunjukkan bagaimana bentuk rupanya..

haaa..ni la rupanya.. Aku percaya ramai ibu-ibu, mak-mak di luar yang hampir meroyan sebab anak dia suka conteng dinding kan!!! Sama la ngan aku..

Sooo..inilah jalan penyelesaian yang aku cari  iaitu dengan menggunakan blackboard sticker!



OK. Mesti korang nak tahu kan macam mana nak guna benda alah ni.. Penggunaannya sama je wallpaper yg kita pasang kat dinding tu...

Size dia 45 cm x 200 cm. So bergantung pada korang nak pasang sepanjang-panjang dinding tu ataupun nak gunting sticker tu ikut size yang korang nak.

Kalau korang beli sticker ni, korang akan dapat sekali dengan 5 chalk yang berwarna-warni. 2 daripadanya adalah warna putih.

So, sesapa yang berminat, boleh pm aku hokey...
sms/whatsapp: 017-6087743
email: masfizah@gmail.com
Atau korang boleh tinggalkan komen kat bawah entry ni ye..

Memang tak kecewa pun beli benda ni!
Harga: RM35 per roll (Beli banyak daku bagi murah ye...)

p/s: mggu depan aku post gambar sticker yg aku tampal kat rumah..minggu ni tak boleh post lagi, rumah tahap tongkang pecah, tongkang pecah lagi better dari rumahku..sobsobsob!!! 





Sunday 13 April 2014

Exam Mood~~

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak ambik exam..tetiba minggu depan dah kena ambik exam..
Aku bukannya tengah ambik master ke apa eh..jangan salah faham..aku nak ambik exam untuk kenaikan pangkat..
*tapi ntah bila la boleh naik pangkat* hehehe

So, minggu ni tengah mood preparation untuk exam lah. So far setakat ni aku tak study apa lagi pun..kat rumah memang la tak boleh nk study langsung! stress dengan anak haku! huhu
Nak study pun kot office jela..

Sebab tu aku respect giler orang yang tengah sambung study and the meanwhile boleh jaga rumah tangga bagai..sangat2 respect hokey! aku rasa diriku tak mampu sampai tahap macam tu! huhu

okey la..kelas dah nk start dah..doakan aku berjaya menjawab semua paper minggu depan ehhh...tq korang!!!