Thursday 19 September 2013

Bayi Meninggal di Pusat Asuhan

Assalamualaikum wbt

Seorang bayi lelaki berusia 7 bulan meninggal di pusat asuhan di Wangsa Maju kira-kira 5.30 ptg semalam. Hal itu disedari oleh bapa mangsa sewaktu mengambil anak beliau pada ptg tersebut.

Walau bagaimanapun, sebelum bayi tersebut dikesan sudah tidak bernyawa pusat asuhan tersebut langsung tidak memberikan penjelasan kepada bapa mangsa tentang keadaan anak beliau.

Difahamkan, bayi tersebut muntah darah semasa dalam jagaan pusat asuhan tersebut.

Pada pendapat saya sebagai seorang ibu, pihak media perlu menyatakan secara jelas NAMA PUSAT ASUHAN tersebut supaya boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa yang lain. Bukan untuk menjatuhkan perniagaan pusat asuhan tersebut, tapi utk dijadikan pengajaran kepada pusat asuhan yang lain.

Berita lengkap boleh layari Laman Harian Metro.

1st Day Pakai DX Lingerie

Assalamualaikum wbt

yeahhh! semalam dx lingerie ku sudah tiba di pangkuan pemiliknya..cewah! Seronok giler..rasa macam tak sabar2 nk pakai..yela..dulu aku pakai premium beautiful..tp tak berapa kena dgn kulit aku..rasa mcm gatal sikit..so, ada kawan suami aku introduce dx lingerie ni..pakai2 rasa selesa je..haaa..apa lagi..mulalah sesi menghasut suami..hohoho

Nasib baik isteri kpd kwn baik suami pun pakai dx lingerie jgk..so dia pun sama2 menghasut la suami aku..kata nk isteri cantik di mata suami kannnn???? hahaha



Hari ni bermula lah episod aku pakai full set dx lingerie body shaper. 1st day datang office pakai dx. Fuhh! Rasa sedap je badan. Tulang belakang pun ok..takdelah rasa sakit belakang sangat. Kalau sebelum ni tak leh nk duduk lama..mula la sakit belakang, sakit pinggang, sakit leher. *ni la akibat berpantang tak betul.degil!huhuhu*.

Tak sangka pulak hari ni pakai terus je rasa kesan..erm..mungkin sbb body shaper yg aku pakai ni. Aku ada baca, body shaper ni boleh meluruskan tulang belakang jika dipakai berterusan.

So, kesimpulannya aku rasa happy sangat hari ni sebab badan rasa sedap je. Terus semangat nk keje..hahahaha..

Aku akan update lagi bila dh seminggu atau 2 minggu pakai dx lingerie ni..*happy*


Wednesday 18 September 2013

Makanan Untuk Otak

Assalamualaikum wbt

Sekarang ni dh hujung2 tahun, bermulalah musim hujan di seluruh semenanjung Malaysia. Bukan je tu, mak bapak, anak-anak, adik-adik pun sibuk jgk dgn musim peperiksaan.

So, hari ni ahkak nk share tentang cara pemakanan yang terbaik menjelang musim peperiksaan ni.

Antara makanan yang diperlukan untuk perkembangan otak ialah:

1. Ikan yang berlemak seperti ikan salmon, sardin dan ikan kembong. Ini kerana ia mengandungi banyak protein dan omega 3 yang membantu merangsang otak dan merangsang mood yang baik.

2. Telur. Ia mengandungi kolina (sejenis vitamin B) yang membantu menguatkan daya ingatan.

3. Sayur dan Buah. Ia mengandungi mineral, vitamin, air dan serat yang membantu pencernaan. Ia rendah kalori dan boleh memberikan tenaga semasa mengulangkaji keran fruktosa dan gula sihat yang ada di dalamnya boleh diubah menjadi tenaga.

4. Mentega Kacang. Mengandungi lemak sihat dan tinggi protein. Ia boleh membuatkan anda kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

5. Teh Hijau. Polifenol di dalam teh hijau boleh melindungi otak dan ia turut membantu pengeluaran dopamina, hormon yang berperanan mencetuskan mood positif.

6. Coklat Gelap. Ia boleh mengurangkan tekanan darah dan kolestrol. Coklat juga mengandungi kafein yang membantu meningkatkan daya tumpuan.