Thursday 24 October 2013

Jalan-Jalan i-City Shah Alam - Part 1

Assalamualaikum wbt

Korang pernah pergi i-City tak? Kalau yang stay area Lembah Klang ni mesti dah 2 3 kali pergi kan? Aku pun dah pergi lebih dari 3 kali kot, sejak i-city ni wujud lagi..Tapi setiap kali pergi mesti ada new attraction yang dorang buat. So, tak rugi la kan kalau pergi berkali-kali.
 
Hari sabtu minggu lepas pun aku pergi lagi sekali..Sebab utama aku pergi ni hanya untuk masuk ART MUSEUM. Aku pergi dah malam masa tu. So, memang ramai la orang. Tapi still boleh tangkap gambar lagi..tak payah nk berebut sangat. Art Museum ni dalamnya ada lukisan 3D. Bagi aku agak best jugak la untuk first time kan. Tapi kalau 2 kali masuk, macam tak berbaloi pulak. Itu pendapat aku la. Tapi pendapat orang lain aku tak tahu.
 
Harga Tiket masuk ke Art Museum ni RM 10. Untuk kanak-kanak yang bawah 90 cm free je. Siap ada tempat ukur tinggi lagi kat kaunter tiket. Tiket ni boleh dibeli kat House Of Horror, di bangunan bertentangan dengan Art Museum ni.
 
Ok lah..Tak perlu cite panjang, jom kita layan sebahagian dari gambar yang kiteorang snap..
p/s: Kualiti dan hasil ke"real"an gambar bergantung pada kecekapan jurugambar masing-masing ye..:-))
 














No comments:

Post a Comment