Wednesday 16 August 2017

Permohonan Visa Australia

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah permohonan visa ke Australia sangatlah mudah. Saya hanya berurusan dengan travel agent melalui whatsapp sahaja. Within 48 hours, email dah diterima yang menyatakan bahawa visa saya, suami dan 3 orang anak telah diluluskan.

Kalau korang nak mohon visa boleh ikut step dibawah ye. Hanya RM20 seorang. Visa ni valid selama 1 tahun.

...............................................................................................................................................................

Dengan menggunakan handphone, sila ambil gambar paspot & MyKid (jika kanak kanak) dengan jelas & terang

Kemudian, hantarkan permohonan anda melalui WhatsApp kepada:

www.wasap.my/60133878778 (Azlinda)
www.wasap.my/60192289964 (Noor Khalini)

Dokumen yang diperlukan:
1) Dewasa : Salinan Passport
2) Kanak - Kanak: Salinan Passport & MyKid
3) Visa: RM20.00 seorang
4) Slip Bayaran: Maybank 562731 106404 (atas nama syarikat Eye M Hear Holidays)
5) Email Address
6) Tarikh Penerbangan

**Anda akan menerima emel TERUS dari Australia sebaik kami key in email anda mengenai keputusan permohonan visa anda**

Terdapat 3 jenis KEPUTUSAN:
a) Kelulusan Serta Merta
b) Penangguhan Kelulusan selama 12 jam
c) Kegagalan Permohonan - digalakkan merayu secepat mungkin kerana keputusan rayuan memakan masa selama 2 minggu

Hari Permohonan: ISNIN - JUMAAT
Waktu Permohonan: (9AM - 6PM)

PERMOHONAN VISA AKAN KAMI PROSES MENGIKUT GILIRAN YANG  KAMI TERIMA

Sekian, terima kasih
EYE M HEAR holidays
...................................................................................................................................................................

Nanti korang akan dapat email macam di bawah sekiranya visa telah diluluskan. Jika visa anda ada masalah atau tak diluluskan, pls refer kpd travel agent semula ye. Kerajaan Australia takkan beritahu kenapa visa tak diluluskan. Jadi tugas travel agent tersebut untuk menyemak permohonan anda dan dorang akan bagitau semula supaya korang menyediakan supporting document yang diminta oleh kerajaan Australia.

...................................................................................................................................................................

ETA APPROVAL 04AUG17/1733
FAMILY NAME MUHAMMAD FAIRUZ ZAMIR AUSTRALIAN GOVT
GIVEN NAMES AHMAD AQIL
PASSPORT A40589893 MYS EXPIRY DATE 31JUL2022
DATE OF BIRTH 28JAN2016 SEX M COB MYS
TYPE OF TRAVEL T TOURIST
ENTRY STATUS UD/601 ETA
AUTHORITY TO ENTER AUSTRALIA UNTIL 04AUG2018
PERIOD OF STAY 03 MTHS
MULTIPLE ENTRY
NO WORK - BUSINESS VISITOR ACTIVITY ONLY
ETA APPROVED

Wednesday 12 April 2017

Cara Menggunakan Pam Susu Dengan Betul

Assalamualaikum wbt

Sebelum ni saya share berkenaan dengan Jenis-jenis Breastpump yang terdapat di pasaran. Jadi hari ni saya akan share berkenaan dengan cara-cara menggunakan breastpump yang betul.

Ramai ibu-ibu yang membeli pam dari pelbagai jenama dan ada yang mencecah ribuan ringgit, tapi susu tetap malu2 nak keluar. Bukan salah pam ye mommy, cara penggunaan kita kadang2 perlu diperbetulkan.

Sebaiknya mommy perlu memilih pam yang mempunya minimum 2 button phase iaitu stimulate phase dan expression phase. Cara pemilihan pam yang betul saya akan share dalam entry berasingan.

Cara Penggunaan Pam:





1. Pertama sekali, tekan button stimulate untuk melancarkan susu. Kebanyakan pam di pasaran akan diset masa 2 minit untuk stimulation phase. Tetapi, jika susu mulai keluar, mommy terus tukar ke button Expression.

2. Mulakan button expression dengan level yang rendah. Tingkatkan level sedikit demi sedikit. Apabila susu mulai laju, tingkatkan level ke tahap yang paling selesa untuk mommy.

3. Apabila susu mulai perlahan, mommy tekan button stimulation semula untuk breast stimulate susu. Ulang dengan menekan button expression apabila susu mulai keluar.

4. Mommy perlu ulangi step2 di atas sehingga 20-30 minit. 30 minit adalah paling maksimum untuk pam per sesi. Sepatutnya selepas 30 minit breast dah rasa kosong dan ringan. Jika mommy masih rasa breast masih belum kosong sepenuhnya, pasti ada kesilapan terhadap teknik mengepam atau pam yang dipilih tidak sesuai untuk mommy.



*Jika mommies nak SAYA BANTU mommies dalam penyusuan, mommies boleh wasap saya +60176087743 (Mas) atau tanya je dekat komen okey ;-)

www.MfzMomsAndBabyShop.com

#TeamAsiahMaharam
#BukuBankSusu2000oz
#Breastpumpmurah


Monday 3 April 2017

Kenapa Perlu Simpan EBM?

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya nak share kenapa pentingnya kita sebagai ibu untuk menyimpan susu ibu perahan (EBM). Siapa yang perlu simpan ebm?

Ok pada pendapat saya tak semestinya ibu yang bekerja shj perlu simpan ebm, tapi surirumah pun perlu ada stok susu di rumah. Kenapa?? Ok jom saya senaraikan sebab-sebab kenapa perlunya simpan stok susu.

1. Jika baby perlu berada di hospital dan perlu rawatan rapi. So si ibu tidak boleh sentiasa berada di sisi bayi.

2. Jika ada masalah nipple yang menyebabkan si ibu tak mampu untuk memberikan susu secara direct feed; seperti nipple crack, inverted nipple.

3. Jika si ibu mengalami bengkak susu. Si ibu perlu mengepam untuk mengurangkan bengkak susu tersebut.

4. Jika ibu tidak boleh membawa bayi ke tempat kerja.

5. Jika si ibu terpaksa meninggalkan rumah dalam tempoh yg lama, seperti mengadakan umrah, travel dan terpaksa meninggalkan bayi dalam jagaan keluarga.

6. Ini yang paling penting. Untuk maintain levels of milk production jika si ibu mengalami sakit dan tidak mampu untuk menyusukan bayi sepanjang sakit tersebut.