Wednesday, 18 September 2013

Makanan Untuk Otak

Assalamualaikum wbt

Sekarang ni dh hujung2 tahun, bermulalah musim hujan di seluruh semenanjung Malaysia. Bukan je tu, mak bapak, anak-anak, adik-adik pun sibuk jgk dgn musim peperiksaan.

So, hari ni ahkak nk share tentang cara pemakanan yang terbaik menjelang musim peperiksaan ni.

Antara makanan yang diperlukan untuk perkembangan otak ialah:

1. Ikan yang berlemak seperti ikan salmon, sardin dan ikan kembong. Ini kerana ia mengandungi banyak protein dan omega 3 yang membantu merangsang otak dan merangsang mood yang baik.

2. Telur. Ia mengandungi kolina (sejenis vitamin B) yang membantu menguatkan daya ingatan.

3. Sayur dan Buah. Ia mengandungi mineral, vitamin, air dan serat yang membantu pencernaan. Ia rendah kalori dan boleh memberikan tenaga semasa mengulangkaji keran fruktosa dan gula sihat yang ada di dalamnya boleh diubah menjadi tenaga.

4. Mentega Kacang. Mengandungi lemak sihat dan tinggi protein. Ia boleh membuatkan anda kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

5. Teh Hijau. Polifenol di dalam teh hijau boleh melindungi otak dan ia turut membantu pengeluaran dopamina, hormon yang berperanan mencetuskan mood positif.

6. Coklat Gelap. Ia boleh mengurangkan tekanan darah dan kolestrol. Coklat juga mengandungi kafein yang membantu meningkatkan daya tumpuan.

3 comments:

  1. good entry. sgt berguna.. :) thanks for sharing this info

    ReplyDelete
  2. pada yang akan menduduki peperiksaan gud luck! :)

    ReplyDelete