Assalamualaikum wbt
Ainul dh masuk 6 bulan dan saya dah introduce solid food dekat dia. Alhamdulillah setakat ni takde lagi simptom alergik pada Ainul. Pic ni taken from my planner. So, korang boleh tengok food yang saya dh try pada Ainul.."OK" tu means takde sebarang tanda2 alergik pd Ainul.
Tapi sejak diperkenalkan sweet potato dan avocado saya perasan yang Ainul macam sembelit. Kalau membuang pun sikit sangat dan berketul. Bila nak membuang dia menangis je. So, i google and dapat info dalam blog shehan..
- Sembelid jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan walaupun mungkin ia menjadi masalah kepada bayi yang lebih berusia apabila dia mula makan makanan pejal.
- Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar beberapa kali sehari dalam beberapa minggu pertama dan kemudian hanya satu atau dua kali sepanjang minggu. Walaupun najisnya lembut atau cair, kadang-kala semua bayi perlu meneran untuk mengeluarkannya. Malah, anda akan sedar akan kerut dan dengus bayi anda apabila dia sedang membuang air besar.
- Bayi-bayi yang diberikan susu formula akan membuang air besar sekali sehari, walaupun sesetengahnya mungkin akan membuang air besar sekali dalam setiap tiga atau empat hari. Ini bukanlah perkara yang tidak normal, kecuali jika najisnya keras dan berketul-ketul. Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot yang menjerut, yang akan melambatkan pengeluarannya dan semakin lama ia di situ, ia akan menjadi lebih keras dan kering.
- Sebelum mengesyaki sembelit, anda perlu mengenali simptom-simptom yang tercatat di bawah dan anda harus faham bahawa bayi, sama seperti orang dewasa, akan mempunyai pola membuang air besar yang bertukar-tukar
- Bagi bayi yang berusia 0-3 bulan, sembelit jarang berlaku, walaupun bayi anda diberikan susu formula. Sesetengah bayi akan mendengus dan meneran pada setiap pergerakan, walaupun tidak semestinya disebabkan sembelit.
- Tetapi, jika bayi anda menangis dan kelihatan tidak selesa, periksalah dengan pakar pediatrik anda.
- Jika bayi anda mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, ini biasanya adalah sembelit.
- Meragam, sakit abdomen dan gastrik.
- Abdomen yang keras.
- Sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar.
- Najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras.
- Najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul
- Seorang bayi akan sembelit jika dia tidak mendapat cecair yang secukupnya. Jika masalah ini berlarutan, anda mesti membawanya untuk pemeriksaan; mulanya, doktor akan memastikan bahawa bayi tidak menghidapi penyakit atau sembelit itu akibat fisur dubur.
- Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan.
- Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun.
Cara-cara berikut juga boleh membantu:
- Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
- Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijirin. [BRAT]
Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap.
Okey. based pada info ni i think i akan tukar pola pemakanan Ainul iaitu back to buah pear. Hope info ni dapat membantu mommies yang mengalami masalah yang sama seperti saya.