Wednesday, 7 September 2016

Jenis-Jenis Breastpump

Assalamualaikum wbt

Mommy tahu tak yang pemilihan breastpump ni merupakan salah satu faktor yang menentukan kita berjaya atau tidak dalam penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Ramai sebenarnya ibu-ibu di luar sana yang sanggup membeli susu formula yang berharga RM25 paling murah (agaknya) setiap bulan berbanding membeli breastpump yang mahal tapi boleh guna sehingga anak-anak seterusnya!

Bila mommy kira2 yang mana lagi berbaloi? melaburkan RM200-RM900 sekali beli atau meleburkan RM25/bulan sehingga 2 tahun atau lebih lagi. Itu untuk satu tin susu. Jika setiap bulan sekurang-kurangnya 2 tin susu? So mommy rasa mana yg lebih jimat?? FIKIR-FIKIRKAN LAH..

Okeylah back to topik asal kita JENIS-JENIS BREASTPUMP.

Ada 3 jenis breastpump yang ibu-ibu perlu tahu iaitu:

1. Pam Manual.
2. Single Pump Electric/Battery/Power Bank.
2. Double Pump Electric/Battery/Power Bank.
3. Hospital Grade Breastpump.

ok. Saya huraikan satu-satu dalam bahasa yang paling mudah supaya mommy faham ye.

PAM MANUAL

Avent Manual Breastpump

Saya rasa ramai yang tahu pam manual macam mana kan? Jika tak tahu pls refer pada gambar di atas. Tapi hati-hati ye mommy. Tak semua pam manual yang mampu mengosongkan breast dan meniru cara hisapan bayi. Ada sesetengah pam manual yang akan menyebabkan mommy rasa "fobia" menggunakan breastpump. Dengar mcm scary je kan. Tapi itulah pengalaman saya semasa melahirkan anak pertama dulu. Ilmu masih kosong dan langsung tak buat research berkenaan breastpump. 

Antara jenama pam manual yang saya syorkan ada di dalam simpanan mommy ialah Avent Manual, Autumnz Joy Manual Breastpump. Biasanya pam manual berharga RM150 ke bawah bergantung kepada jenama.

Ada juga milk collector yang boleh dijadikan seperti manual pump seperti jenama Haaka, Vcool Milk Collector dan beberapa jenama lain. Ia sangat bagus digunakan terutamanya di dalam pantang. Penggunaanya juga mudah berbanding pam manual yang biasa kerana sekali picit sahaja ia akan melekap di breast. Harganya pun sangat berpatutan iaitu di bawah RM100 sahaja.

VCool Milk Collector

Pada pandangan saya, manual breastpump ni perlu ada setiap masa dengan mommy sebagai "backup" pam sekiranya pam yang sedia ada kehabisan battery.

SINGLE ELECTRIC BREASTPUMP

Autumnz Swift Single Breastpump

Terdapat pelbagai jenis single electric breastpump. Ada yang hanya menggunakan electric sebagai power source dan ada juga yang boleh menggunakan electric dan out source seperti power bank dan ada juga electric serta battery seperti battery AAA/AA. Contohnya pam jenis Autumnz Bliss yang menggunakan electric dan battery AAA/AA.

Pemilihan pam jenis ini bergantung kepada bajet mommy. Range harga untuk single electric breastpump adalah sekitar RM250 ke bawah bergantung pada kapasiti motor dan bentuk breastpump itu sendiri.

DOUBLE ELECTRIC BREASTPUMP

Spectra 9 Plus Breastpump

Kebanyakan Double Electric Breastpump didatangkan dengan rechargeable battery atau built in battery bagi memudahkan mommy mengepam di mana2 sahaja. Ia berbeza dari segi ketahanan battery, size dan level of suction. Dan tak lupa juga kebanyakan double breastpump yang dijual di pasaran adalah silent.

Ibu-ibu juga perlu tahu breastpump yg dijual di pasaran merupakan medium duty breastpump which is boleh digunakan 2-3 jam sekali secara berterusan. Ada yang 1 motor dan ada breastpump menggunakan 2 motor seperti Lacte Duet Breastpump. Tapi ibu-ibu tak perlu risau, walaupun menggunakan 1 motor, tapi ketahanan motornya memang di design kan untuk penggunaan 2-3 jam sekali tanpa merosakkan motor pump.

Ada juga Double Breastpump yang boleh menggunakan electric, battery dan power bank iaitu 3 in 1. So jika pam kehabisan battery dan mommy terlupa bawa charger, ia masih boleh digunakan bersama power bank, Ha best kan mcm ni. Hanya Halford Double Breastpump sahaja yang berfungsi 3 in 1 seperti yang saya nyatakan di atas.

Antara jenama yang popular sekarang ada Cimilre F1 Double Breastpump, Autumnz Serene, Spectra 9 Plus, Halford Double Breastpump dan beberapa jenama lgi di pasaran. Range harga untuk double breastpump adalah di antara RM350 hingga RM3000 bergantung kepada jenama dan fungsinya. Jika mommy mempunyai bajet sekitar RM500, mommy dah boleh dapat breastpump double yang terbaik. Mommy hanya perlu survey dan bertanya kepada seller atau rakan-rakan yang pakar mengenai breastpump.

HOSPITAL GRADE BREASTPUMP

Medela symphony

Ramai yang salah anggap bahawa pam yang mempunyai 2 motor seperti Lacte Duet Breastpump adalah heavy duty pam dan anggapan kedua yang salah adalah jika mommy ep mom perlu menggunakan hospital grade breastpump. NO! Pandangan itu salah ya. EP mom hanya perlu menggunakan medium duty breastpump sahaja dan tak perlu menggunakan heavy duty pam.

Ok saya terangkan apa itu Heavy Duty Pump. Heavy Duty Pump ni adalah Hospital Grade Pump :-P
Hospital grade pump di designkan untuk penggunaan secara berterusan tanpa henti selama 24 jam atau lebih! Maksudnya apabila user 1 guna selama 30 minit dan disambung pula user ke 2 selama 30 minit dan user seterusnya tanpa merehatkan pam tersebut.

Jika kita lihat di hospital, mereka akan menggunakan heavy duty breastpump kerana penggunaannya berterusan tanpa henti terutamanya di wad kanak2 atau nicu.

Biasanya Heavy Duty Breastpump hanya digunakan secara terus kepada plug electric. Antara heavy duty breastpump di pasaran ialah Medela Symphony, Spectra 3 dan Spectra S1.


Untuk ibu yang bekerjaya saya syorkan supaya mommy membeli breastpump yang sesuai dengan persekitaran kerja mommy seperti keadaan work station tertutup atau tidak, dikelilingi staff lelaki atau tidak, keperluan masa mengepam dan sebagainya. Saya akan huraikan dalam topik yang berlainan nanti iaitu Cara-Cara Memilih Breastpump.

Mommy tak perlu risau dalam membuat pemilihan yang terbaik kerana kebanyakan pam yang ada di pasaran sudah meniru gaya penyusuan bayi yang sebenar. InsyaAllah ianya tak menyakitkan. Malahan terdapat butik-butik kelengkapan penyusuan susu ibu yang memberi kemudahan untuk "test" breastpump sebelum mommy mengambil keputusan untuk melakukan pembelian.

Terdapat juga khidmat "sewa breastpump" yang boleh didapati di butik-butik bayi secara online. Penyewa hanya perlu membayar kos pos dan harga mengikut jumlah hari sewaan.

Untuk next entry saya akan kongsikan bekenaan dengan Cara-Cara Pemilihan Breastpump yang Sesuai. Happy Reading mommies!


No comments:

Post a Comment