Friday, 6 February 2015

Touched!

Assalamulaikum wbt

Malam ni mood untuk mengarang kembali sebab si kecik dah tidur and si abang ikut ayahnya melawat opah. -Aman-

Bila dah sunyi macam ni mula la nak teringat kenangan lama..Kenangan bersama anak-anak. Alhamdulillah saya dikurniakan anak-anak yang sihat, bijak dan sangat mudah dijaga! Tak pernah susahkan saya sejak dari kecil. Hope keaadaan berterusan sehingga akhir hayat.

Ok sebenarnya nak cerita kisah si abang masa saya dan baby kena warded sebab baby kena jaundice. Seminggu juga saya berkampung dekat wad. Malam 1st tu ok lagi sebab abang tidur dengan pengasuh. So dia tak terasa sangat bila saya takde di sisi. Malam ke-2 tu memang malam penuh dengan drama.

Suami saya bagitahu yang dia asyik tanya ibu. Suami saya pujuk and bagi tengok ultraman which is watak favorite dia. Tapi bila dia nak tidur, dia dah mula nangis cari saya. "Hariz nak ibu..Hariz nak ibu peluk...." Hariz menangis berterusan sampai pukul 4 pagi! Walaupun saya pujuk macam mana pun still taknak berhenti menangis...

Yes! Malam tu memang saya pun menangis rindu dan kesiankan dia. Hariz masih lagi menyusu dan sangat manja dengan saya. Dia asyik ulang perkataan yang sama je.."nak ibu...ibu balik la..hariz nak ibu..." :'(

Masa tu saya menangis teresak-esak! Nak je saya tinggalkan baby and balik kejap tidurkan anak kt rumah! Tapi apakan daya, baby breastfeeding..Saya terpaksa dodoikan Hariz through handphone sampai dia tertido. Dia tertido dalam keadaan menangis dan teresak-esak. Suami saya bagitau yang Hariz tido sambil peluk handphone. Dia taknak lepaskan handphone tu. Sedih sangat rasa..:'(

Saya tak dapat bayangkan suatu hari nanti saya takde macam mana la anak saya..Saya doakan supaya umur saya panjang untuk melihat anak-anak saya membesar dan mendidik mereka dengan penuh kasih sayang..

Baju Mengandung Cantik dan Murah

Assalamualaikum wbt


Dah lama sangat blog bersawang. Sejak ada anak 2 ni memang susah sangat nak update blog. Tambah pulak busy bekerja dan uruskan business online saya ni. Itupun FB ku tak di update. Business melalui instagram je sebab tak perlu nak tulis panjang-panjang.hehe. Nampak sangat malas kan! Macam mana la melayu nak maju..huhu

Anyway baju mangandung dan nursing blouse dah updated ye! Design baru dan sangat cantik! Saya sendiri pun pakai nursing blouse ni..Senang je. 2 in 1. Pakai masa mengandung and after deliver boleh dijadikan baju menyusu.



Details:
-Material: High quality lycra
-SAIZ: S, M, L & XL
-NURSING FRIENDLY
 (mempunyai 2 zip sorok di kiri dan kanan dada)
-Mempunyai span di bahu
-Leher berbentuk U
-Hujung lengan bergetah
-3 in 1. Boleh dipakai ketika mengandung, menyusu bayi atau dipakai begitu shj! 
Harga Jual: RM 59
POSTAGE: 
-Semenanjung: (Pos laju, 1-2 hari bekerja)
RM 8 (1 helai baju)
RM 10 (2 helai baju)
RM 12 (3 helai baju)
-Sabah/Sarawak: (Pos laju, 1-2 hari bekerja)
RM 10 (1 helai baju)
RM 12 (2 helai baju)
RM 15 (3 helai baju)

Untuk order: Whatsapp/ Sms +60176087743
Untuk view item lain boleh ke instagram berikut: MFZ Collections
CODE: SB 043


CODE: SB 034

CODE: SB 037


CODE: SB 040


CODE: SB 035


CODE: SB 038


CODE: SB 041


CODE: SB 044


CODE: SB 036


CODE: SB 039


CODE: SB 042


CODE: SB 045


Wednesday, 25 June 2014

Minggu Yang Sangat Penat

Assalamualaikum wbt

Kali ni bersiaran dari hp jela ye..Dah lama sgt tak update blog. Keadaan diri yang tidak mengizinkan..minggu ni kandungan dh masuk 32 weeks dh..Alhamdulillah

Minggu ni en suami takde kat rumah. Penat sgt2.. dengan keaadaan diri yg penat..ank yg sedang melasak..kandungan yg sedang membesar menyebabkan aku nangis sorang2..huhu

Memang nampak mcm mengeluhkan? Sebenarnya aku nk semua org tahu terutamanya org sekeliling supaya memahami situasi orang lain..Jangan asyik nk mengata kat belakang je.

Yes. Sekarang awak tak rasa..tapi percayalah one day you might be in the same situation. Aku rasa mcm nk terputus nafas..If you tell me "ada je org blh handle sorang2 tanpa suami". Lain org lain rasa sakit and tahap ketahanan diri. Bagi aku suka hati kau lah nk cakap apa. Bukan nak manjakan diri sendiri. Tapi mmg aku rasa penat tahap max.

Untuk anak ibu, Ahmad Naufal Hariz..
Ibu minta maaf sangat2..Setiap malam ibu marah awak..Maybe tanpa ibu sedar ibu tengking awak..
Tapi jauh dlm sudut hati ibu, ibu terlalu sygkan hariz..Ibu minta maaf sangat2! Ibu penat..Ibu marah bila hariz tak nak dengar cakap ibu..Tapi ibu tahu, hariz belum mengerti apa2..Maafkan ibu sayang..Ibu tahu hariz nakkan perhatian dari ibu..
Ibu harap bila besar nanti Hariz akan baca blog ibu..dan Ibu nak Hariz tahu yang ibu terlalu sayangkan hariz..

Untuk Suamiku..
Mas minta maaf sekiranya banyak kekurangan di atas layanan mas terhadap abg..rumah tangga tidak terurus dan mcm2 lagi..
Terima kasih sbb selalu tolong isterimu..
Banyak kekurangan mas sebagai isteri..Mas minta maaf..Insyaallah after deliver keadaan pulih seperti sedia kala..

Ok. Semalam tak boleh tido. Sampai office sakit kepala, Sakit badan..rasa nak pengsan..Emosi jadi tak stabil..:-(

Takpelah..mungkin ini balasan di atas dosa2 yg aku lakukan..Happiness will come very soon..Insyaallah..on my birthday month..The gift from Allah..