Sunday, 13 April 2014

Exam Mood~~

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak ambik exam..tetiba minggu depan dah kena ambik exam..
Aku bukannya tengah ambik master ke apa eh..jangan salah faham..aku nak ambik exam untuk kenaikan pangkat..
*tapi ntah bila la boleh naik pangkat* hehehe

So, minggu ni tengah mood preparation untuk exam lah. So far setakat ni aku tak study apa lagi pun..kat rumah memang la tak boleh nk study langsung! stress dengan anak haku! huhu
Nak study pun kot office jela..

Sebab tu aku respect giler orang yang tengah sambung study and the meanwhile boleh jaga rumah tangga bagai..sangat2 respect hokey! aku rasa diriku tak mampu sampai tahap macam tu! huhu

okey la..kelas dah nk start dah..doakan aku berjaya menjawab semua paper minggu depan ehhh...tq korang!!!

Thursday, 10 April 2014

Pre-Loved Item: ORIGINAL COACH TO LETGO

Assalamualaikum wbt

Saya nak let go handbag coach. Beli hujung tahun lepas direct dari us..Sesapa yang berminat boleh sms atau whatsapp sy ye..0176087743..Harga masa beli RM860. Nak let go harga kasih sayang ye..boleh pm saya untuk rundingan harga..hehe

Korang akan dapat sekali dengan dustbag and care card ok! Untuk detail gambar sy akan bagi kat melalui whatsapp nanti..so, sesapa yang berminat boleh hubungi saya melalui no kat atas ok!!!

COD: Area Setiawangsa, Wangsa Maju..
Pos: Saya tak tahu rate..nanti saya update kemudian..



Thursday, 6 March 2014

Obimin Pluz - Pre-Natal Vitamin

Assalamualaikum wbt

Minggu ni aku dah masuk tempoh 16 minggu kehamilan! ALHAMDULILLAH! Syukur kepada Allah. Semalam dah pergi buat scan di Klinik Wan Kamariah, Setiawangsa. Sangat puas hati service kat sana. Penerangan yang sangat detail. So, sesape yang berdekatan area Setiawangsa dan berhajat nk buat 3d/4d scan boleh la ke sana k..

Tapi hari tu aku buat scan biasa je. Just nak tgk sekiranya ada apa-apa masalah pada baby. Ok. Berbalik pada tajuk asal. Masa scan tu, aku ada bgtau doktor yang aku tak makan sebarang vitamin sejak 2 bulan ni. So doktor bekalkan pada aku vitamin Obimin Pluz nih.


Bila aku makan vitamin ni, lepas 2 jam je terus muntah keluar semua makanan yang aku makan masa breakfast. Kenapa eh???

Aku try gak google kesan daripada pengambilan obimin pluz ni, ramai yg kata ok je..Tapi ada jugak aku terbaca yang obimin pluz ni boleh menyebabkan breast cancer dan telah diharamkan di Singapore. Daripada pihak jabatan kesihatan pulak, dia mengakui vitamin ni tak berbahaya dan telah diluluskan oleh kkm. Kawan aku cakap, bila kita dah makan obimin pluz ni, kita dh tak perlu ambil supplement lain sebab dia dah mengandungi semua zat yang diperlukan oleh ibu mengandung.


Bagi aku, terpulanglah pada diri masing2 samada nak makan atau tak. Kita lebih tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri kan?? 

Lepas dah makan vitamin ni untuk 3 hari berturut-turut, memang selepas 2 jam aku akan muntah yang sangat banyak. Maybe vitamin ni tak sesuai untuk aku kot. Takpelah, aku akan stop dulu and try makan minggu depan pulak..tengok kesannya macam mana..

Ada tak sesape yang ada pengalaman macam aku ni??? Kalau ada, pls let me know...takut jugak ada side effect yang kita tak tahu..:-(